Monday 15 December 2014

DR. BURHANUDDIN HIDUP SEMULA

Tuan Subky Latif menyampaikan pembentangannya di Seminar Pemikiran & Ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Siapakah yang menggelapkan sejarah mengenai Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang ditanya oleh salah seorang peserta, dijawab oleh Prof. Madya Dr. Syed Muhd Khairudin Aljunied dengan menyalahkan semula kepada peserta yang hadir kerana kita sering menyalahkan orang lain dan sebenarnnya kita sendirilah yang menggelapkan sejarah kerana ramainya orang yang kurang minat kepada sejarah maka kurangnya catatan sejarah yang diterbitkan kembali.

Subky Abdul Latif pula berpandangan sama, menyatakan sejarah Burhanuddin Al-Helmy digelapkan kerana orang tidak minat sejarah. Penulisanlah yang membarakan kajian-kajian sejarah.
Subky menambah pada akhir sesi soal jawab “Dr. Brhanuddin Al-Helmy telah reborn (dilahirkan semula)” melalui peganjuran Seminar Pemikiran & Ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Kajian Sempena 63 Tahun PAS Malaysia kerana sejarah sudah tidak gelap lagi, dan semua peserta yang hadir mendapat input-input berkaitan Dr. Burhanuddin.


Seminar yang diadakan semalam pada 11 Disember 2014 bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 10.30 malam di Dewan Bunga Teratai, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah dihadiri peserta yang memenuhi dewan seminar, kira-kira 300 orang. Dr Muzammil Mohd Noor dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Dr Muhaimin Sulam dari Universiti Teknologi Petronas dan YB. Dato Kamarudin Jaffar – Ahli Parlimen Tumpat juga bersama-sama dijemput menjadi panel Seminar semalam. Seminar telah dirasmikan oleh Yb. Dato’ Dr. Mohd Fadzli Dato’ Hassan, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan & Pengajian TInggi, Kerajaan Negeri Kelantan pada akhir majlis di sebelah malamnya.

-Asri Yussof
asriyussof013@gmail.com

Saturday 6 December 2014

TRAVELOG: Kampung Pendamaian Sukhirin, Thailand

Pintu Gerbang Kampung Pendamaian di Banchulabhorn Pattana 12, Sukhirin, Thailand

Menarik juga perkongsian mengenai Check & Balance atau tegur menegur. Mereka memegang kepada falsafah “Ada Dibaiki, Tiada Menjadi Ingatan.” Ianya bermaksud jika teguran itu benar maka ianya perlu dibaiki atau diubah. Namun jika teguran itu bukan sesuatu yang benar, maka ianya perlu dijadikan sebagai ingatan supaya ianya tidak berlaku kepada diri sendiri atau orang lain. - Asri Yussof, see more

Life after Hatyai treaty

Third generation residents of Ban Chulabhorn Pattana 12 in Sukhirin, Narathiwat province in Southern Thailand walking home after school. –The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, December 2, 2014. - The Malaysian Insider, see more picture

Thursday 4 December 2014

Former insurgents celebrate 25 years of peace

Majlis Ulangtahun 25 Tahun Perjanjian Damai yang diadakan di Hatyai. Ulangtahun kali ini menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pertama Gabungan Persatuan Pendamaian Thailand

Days before the commemoration event was held, Malaysian Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi again rejected the CPM's request to repatriate Chin Peng's ashes to his hometown in central Malaysia. He said the demand was impossible, as the CPM was responsible for a brutal insurgency during and after the country's fight against colonialism.
Li Xue Zhi, a representative for the 21st Century Malaysia Friendship Association, denounced Kuala Lumpur for violating the peace accord by refusing to allow Chin Peng's ashes to be returned home, accusing the Malaysian government of "twisting" the history of the CPM. - Bangkok Post, see more

Tuesday 2 December 2014

Bawa pulang abu Chin Peng demi hormati perjanjian

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy desak Putrajaya membenarkan abu pemimpin Parti Komunis Malaya mendiang Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2014.

Amat dikesalkan apabila Putrajaya masih enggan membenarkan abu pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang dari Thailand, selepas 25 tahun perjanjian damai menghentikan pemberontakan komunis, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy.
“Ia sangat kejam. Apa salahnya bawa pulang abunya? Kita tidak perlu bersetuju dengan komunisme.
“Dia sudah mati dan tidak ada lagi. Bolehkah abunya hidupkan kembali komunisme?” kata pemimpin DAP itu kepada The Malaysian Insider. - The Malaysian Insider - See more

25 tahun berlalu, janji perdamaian kepada bekas komunis masih tidak tertunai

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Abdullah Che Dat menonton televisyen di rumahnya di Ban Chulabhorn Pattana 12 di Sukhirin, Narathiwat, Thailand. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Disember, 2014.

2 Disember, adalah ulang tahun ke-25 Perjanjian Damai Hatyai, apabila PKM meletakkan senjata daripada menentang kerajaan Malaysia dan Thailand dan berakhirnya pemberontakan yang bermula sejak 1948.
Tetapi walaupun menandatangani perjanjian damai dengan Malaysia, kerajaan tidak ikhlas dalam menghormati perjanjian itu, dakwa bekas anggota PKM yang tinggal di wilayah Narathiwat di selatan Thailand kepada The Malaysian Insider ketika mengunjungi mereka menjelang ulang tahun majlis menandatangani perjanjian tersebut.
The Malaysian Insider - see more

Tuesday 28 October 2014

Rumah Terakhir di Kamoung Chubadak dibakar dan dirobohkan

Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan dirobohkan hari ini dan puingnya dibakar hangus. - The Malaysia Insider




Monday 27 October 2014

Toleransi Untuk Umat Islam

OSAKA - Untuk pertama kalinya kumpulan Japan Railway, West Japan Railway Co akan membuka kemudahan ibadah bagi orang Islam di Stesen Osaka dengan tujuan memberi keselesaan untuk para pelancong asing.
Walaupun kemudahan ini direka bentuk khusus bagi umat Islam dari Indonesia dan Malaysia, individu dari mana-mana agama boleh menggunakan kedua-dua bilik percuma, kata JR Barat.

Setiap ukuran bilik kira-kira 30 meter persegi. Meter. Satu adalah untuk laki-laki dan yang lain adalah untuk wanita.
Maklumat ini disediakan untuk membantu umat Islam menghadapi arah yang betul untuk solat.

Banyak syarikat-syarikat keretapi meningkatkan pelayanan untuk orang asing di Osaka, sebuah bandar yang sudah dikenal untuk menarik sejumlah besar pelancong, terutama dari Asia.

Nankai Electric Railway Co akan membuka kemudahan beribadah ini pada akhir September di Stesen Namba di Osaka. - The Japan Times




Sunday 26 October 2014

Polis ambil alih keselamatan UM halang pidato Anwar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih keselamatan kampus Universiti Malaya (UM) bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok, kata Prof Datuk Dr Rohana Yusof. - The Malaysia Insider


Puisi Wasatiyyah meriahkan SKPM

Program Baca Puisi Wasatiyyah sempena Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) di Darulaman Golf and Country Club Jitra dekat sini malam ini menyaksikan kira-kira 24 penggiat sastera terdiri daripada penyair dan sasterawan tempatan berhimpun dan mempersembahkan puisi nukilan masing-masing.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan deklamasi puisi serta gurindam daripada penyair terkenal seperti Sasterawan Negara, Datuk Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Baharuddin Zainal, Khalid Salleh, Puzi Hadi dan Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin. - Mimbar Kata


Penubuhan Yayasan Penulis Malaysia

"Penubuhan Yayasan Penulis Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat bakal membawa impak positif khususnya dalam menjaga kebajikan semua penulis di Malaysia." 
- Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif ITBM.


Tuesday 21 October 2014

Asri: Jangan lupa 'ulama' perangai macam anjing

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak lupa "ulama yang bersikap bagaikan anjing" dalam kesibukan membincangkan isu kempen menyentuh bintang itu. - Malaysia Kini


Nik Aziz: Penganjur ada 'ulat dalam kepala'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjur program program kontroversi menyentuh anjing Ahad lalu sebagai ada “ulat dalam kepala”.

“Menganjurkan program khusus bagi menjamah anjing hanya dilakukan mereka yang seumpama ada ulat dalam kepala.

“Ia bertentangan dengan mazhab Shafei,” - Malaysia Kini



Monday 20 October 2014

Sentuh Anjing Tak Haram Dalam Islam, kata bekas mufti

"Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis, "Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah," katanya memetik Riwayat al-Bukhari dalam responnya terhadap program "I Want To Touch A Dog", semalam. - The Malaysia Insider


Tuesday 22 April 2014

Nik Nazmi: BERTANDING SECARA TERBUKA DAN SIHAT



Oleh: Asri Yussof

Nik Nazmi Nik Ahmad, Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),  apabila ditanya mengenai isu bertanding secara berkumpulan di dalam PKR, beliau tidak memandang ia sebagai suatu yang negatif bakal timbul. Walaupun ada yang beranggapan akan wujud musuh dalam selimut, ahli yang tikam belakang, namun bagi beliau walaupun tidak dibuat bertanding secara berkumpulan pun, perkara itu boleh juga berlaku. Beliau memberi contoh seperti di kemaman pada tahun 2001 dahulu. Tambah beliau lagi,  sama sahaja jika buat atau tidak, maka tidak perlu timbul isu ini jika dibuat pemilihan berkumpulan, asalkan calon-calon bertanding secara sihat. Ini juga salah satu dari nilai demokrasi.
             
Di Majlis Sembang Santai Selera bersama beliau semalam yang diadakan di Restoran Kiswah, Jalan Masjid Langgar, Kota Bharu. Nazmi memberi ulasan isu Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Kelantan, dia bersetuju dengan Hudud sebagai seorang muslim namun melalui persetujuan di dalam Pakatan Rakyat perkara itu tidak dipersetujui untuk dilaksanakan. kita perlu melihat fokus utama kita menerusi Maqasid Syariah, Aulawiyat (keutamaan) dan ada perkara yang perlu lebih didahulukan berbanding isu Hudud katanya.
             
Terakhir, beliau melihat kesedaran anak muda masa kini agak tinggi terhadap politik dan semoga trend ini dapat diteruskan, walaupun anak muda tidak menjadi ahli politik sepenuh masa namun mereka tetap mengambil kisah terhadap politik dan tidak mengambil sikap acuh tak acuh.
             
Nazmi mengakhiri dengan pepatah Inggeris “Politik ini terlalu penting untuk ditinggalkan kepada ahli politik semata-mata.”

Monday 21 April 2014

AMK4Malaysia: Idea Menjadi Keutamaan




Oleh: Asri Yussof

Melalui perkumpulan seperti ini, mana-mana calon boleh membentang idea secara bebas dan 
semua ahli berhak memilih mana-mana calon yang dirasakan boleh memimpin mereka, kata Naziratul Aini Muhamad Sayuty atau lebih senang dipanggiil Aina ketika ditemuramah semalam.

             
Aina yang mengambil Calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Ketua AMK Cabang Kota Bharu, menyatakan perbezaan AMK berbanding barisan Pemuda mana-mana parti politik lain, AMK diduduki oleh lelaki dan perempuan. Beliau bertegas wanita juga boleh memimpin, malah ada yang lebih baik berbanding lelaki. Katanya Datin Sri Wan Azizan (Kak Wan) yang selama ini menaungi PKR sebagai Presiden telah terbukti, wanita boleh memimpin.
             
Apabila ditanya apa yang ingin dibawa, Aina membalas ada empat perkara. Pertama (1), Pendemokrasian Organisasi dan Melahirkan Gerakan Massa iaitu melalui pelaksanaan Konvensyen AMK di setiap negeri dalam tempoh 3 tahun sekali. Tambahnya, konvensyen AMK Negeri ini akan berperanan mengambil alih kuasa melantik Ketua AMK negeri daripada Ketua AMK Malaysia kepada AMK-AMK Cabang. Kedua (2), Pemberdayaan Ekonomi Anak Muda iaitu dengan mengkaji peluang-peluang sah yang ada untuk disertai usahawan anak muda dan memperkenalkan program Sekolah Ekonomi Street Smart untuk membimbing selok belok perniagaan. 

Ketiga (3), Pemantapan dan Penyusunan Semula Latihan dan Pengkaderan Anggota iaitu memperkasa Skuad AMK, mengembangkan Mahasiswa Keadilan dan meneruskan KEADILAN Intership Program. Yang terakhir, Keempat (4), Politik Cakna Seni, Budaya & Sukan iaitu mengiktiraf hak-hak seniman, menuntut reformasi organisasi-organisasi sukan secara menyeluruh, mengadakan pelbagai aktiviti interaksi dengan seniman, budayawan dan atlet, juga mengadakan karnival Anak Muda.

Friday 4 April 2014

Lawatan ke Kuala Lumpur

Oleh: Asri Yussof

Alhamdulillah, pada 30 Mac 2014 sehingga 2 april 2014 yang lalu, Kelab Wartawan Muda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Beberapa tempat telah kami lawati sebagai satu projek pembelajaran untuk mahasiswa/wi yang berminat dalam dunia kewartawanan dan penulisan. Walaupun nama kelab diletakkan dengan nama ‘Kelab Wartawan Muda’ tapi fokus kelab ini adalah dalam bidang penulisan dan kewartawanan. Antara tempat yang kami sempat berkunjung:

1.      Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Lembah Pantai
2.      Galeri Ilmu Media Group Sdn. Bhd, Damansara
3.      Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang
4.      Karangkraf Media Group, Shah Alam
5.      Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM)
6.      Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya

Banyak perkara dan pengalaman yang didapati daripada perjalanan lawatan ini. Semasa berkunjung ke Universiti Malaya, kami melihat pelajar-pelajar memenuhi ruang-ruang yang disediakan untuk pelajar mengadakan perbincangan dan ulangkaji pelajaran. Ini suatu suasana yang tidak pernah saya lihat. Suasana pembelajaran di sini wujud. Mahasiswa/wi bijak menggunakan masa dan ruang yang disediakan pihak fakulti. Untuk malayakkan diri untuk masuk ke Universiti Malaya, ianya bukan mudah. Banyak saingan dan hanya beberapa kekosongan yang dibuka untuk pengambilan pelajar baru.

Sesi Taklimat ringkas di Fakulti Sastera & Sains Sosial

Penyerahan Cenderahati


Kami menjengah pula ke ibu pejabat, Galeri Ilmu Media Group. Di sini, saya belajar sesuatu. Bila saya bertanya bagaimana pihak Galeri Ilmu mengurus saingan dalam bidang yang sama? Pihak Galeri Ilmu terus menjawab, kami tidak bersaing tetapi kami saling lengkap melengkapi. Saya kira ini jawapan yang sangat mantap. Mereka tidak memikirkan persaingan sebagai keutamaan tetapi menjadikan Galeri Ilmu sebuah syarikat yang melengkapi bersama dengan syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Saya juga tertarik untuk bertanya, kenapa Galeri Ilmu mengguna lambing kompas sebagai logo utama? Pihaknya menjawab, ini kerana pada permulaan penubuhan Galeri Ilmu, pihaknya masih mencari-cari arah dan hala tuju, maka dengan hasrat mencari yang jitu maka digunakan simbolik kompas untuk mencari arah karier.


Selesai hari pertama dengan berkunjung ke UM dan Galeri Ilmu. Pada hari kedua, lawatan kami diteruskan ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPM dan Karangkraf di Shah Alam. Apa yang menarik perhatian saya kepada UPM, sebelum lawatan ini, saya ada membuat sedikit pemerhatian terhadap fakulti ini di laman web rasmi mereka dan saya sungguh terkejut yang UPM mempunyai studio Radio sendiri dan mempunyai frekuensi sendiri untuk bersiaran. Mereka manamakan stesen radio UPM dengan nama, Putra.fm. mereka melantik staf khas untuk menjaga konti dan beberapa daripada pelajar untuk menjadi dj radio. Di stesen radio itu juga, para pelajar dapat membuat latihan industri (praktikal) dan ini tidak akan menyusahkan pelajar lagi mencari tempat lain untuk melaksanakan latihan industri pada akhir pengajian. Saya sempat berkunjung ke Putra.fm bersama kawan-kawan yang lain, semua kelengkapan teknikal ada di situ. Pihak fakulti memaklumkan, belanjawan untuk menyediakan studio radio tersebut sebanyak 12 Juta.

Ramah Mesra di Fakulti Bahasa & Komunikasi



Taklimat di Studio Radio Putrafm

Tamat dari UPM, kami terus bergegas bertolak ke Shah Alam untuk mengejar masa agar kami sempat memulakan lawatan pada pukul 2.30 petang. Begitulah masa yang telah dijadualkan kepada pihak kami. Kerangkraf begitu sudi menerima lawatan kami. Mereka telah menghantar tentatif lawatan kami sepanjang di karangkraf, dua minggu sebelum kami bertolak ke kuala lumpur lagi. Karangkraf merupakan sebuah syarikat penerbitan yang antara terbesar di Malaysia. Mereka menerbit sebanyak 25 jenis majalah, buku-buku pelbagai genre dan mempunyai syarikat percetakan iaitu Ultimate Printing dan studio fotografi dengan keluasan boleh memuatkan dua buah trak. Kami memulakan di bahagian editor dan wartawan, kemudian ke bahagian grafik. Saya sungguh terpana melihat cara kerja mereka. Dalam hati saya seolah-olah mumujuk untuk memohon kerja di sini untuk mengambil pengalaman sebanyak mungkin di sini.

di Lobi Karangkraf
Bergambar bersama CEO, Dato' (Dr.) Hussamuddin

Di bahagian reka grafik, saya dapat melihat semua bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja pengeditan yang akan diterbitkan untuk dua ke tiga bulan hadapan. Yang paling menarik, kerangkraf akan menerbitkan majalah-majalah bulanan mereka bukan pada awal bulan. Tetapi pada 15hb. Maksudnya, majalah bulan April diterbitkan dan siap diedarkan pada 15hb Mac. Begitulah cara karangkraf merebut pelanggan dan mengurus persaingan.

Taklimat di Bahagian Garafik
Hari terakhit. 2 April, kami memulakan lawatan ke Angkasapuri RTM. Sepanjang lawatan kami, kami dibawa oleh dua staf yang membahasa dirinya sebagai Ummi dan Alif. Kami dibawa melawat ke Studio 1, pada waktu itu, kru-kru sedang sibuk menyiapkan set pentas program ‘Dialog’ yang akan bersiaran secara langsung pada malam itu. Studio 1 merupakan studio yang paling luas dan boleh memuatkan penonton seramai 200 orang. Ianya merupakan set studio yang tidak kekal. Maksudnya banyak pengambaran rancangan dilakukan di situ. Setiap kali pengambaran akan diadakan disitu, setiap kali itulah set-set pentas akan dialihkan. Kemudian kami ke studio 2. Studio ini menempatkan set rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia yang bersiaran setiap hari pada awal pagi, bermula 7.45 pagi hingga 9.30 pagi dan rancangan Hello On Two (HOT) yang bersiaran setiap isnin hingga khamis bermula pukul 12 tengahari hingga 1 petang.

di Studio 1

di Studio 2, Set Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia


Kami dibawa pula ke studio 3,4 dan 5. Ketiga-tiga studio ini kami hanya dapat melihat dari luar, kerana pada waktu tersebut diadakan siaran langsung untuk Berita Terkini mengenai MH370. Studio ini merupakan studio automatik dan keluasannya yang tidak terlalu luas. Kamera yang digunakan tidak memerlukan kru, ianya boleh dikawal melalui komputer dan pentasnya hanya dengan skrin hijau. Selesai melawai Wisma TV, kami dibawa ke Auditorium Perdana, Auditorium P. Ramlee dan Wisma Radio. Kesemua radio-radio dibawah kelolaan RTM dapat kami kunjungi. Bermula dengan Klasikfm, Nasionalfm, Asyikfm, Selangorfm  dan banyak lagi. Selesai lawatan kami di RTM, kami sempat bergambar berlatar belakangkan bangunan RTM dan sesi penyerahan cenderahati.



Kemudian, kami bertolak balik semula ke penginapan di Institut Perguruan (IPG) Kampus Bahasa Melayu untuk mengemas bilik dan barang-barang sebelum bertolak pulang dan menuju ke tempat terakhir di Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya.

Kami disambut baik oleh staf Muzium dan terus dibawa melawat secara pantas kerana kami bergegas untuk pulang. Di Muzium ini ianya tidak menempatkan kesemua haiwan-haiwan dan tumbuhan, namun ianya hanyalah sekadar galeri dan hanya beberapa haiwan hidup yang kecil sahaja ditempatkan. Bermula di tingkat bawah yang menempatkan replika-replika asli yang bersaiz besar dan hampir pupus seperti badak, tapir sehinggalah ke tingkat atas yang menempatkan serangga dan katak.



Kami tidak sempat berjalan hampir semua tempat di sekitar putrajaya, kerana kami ingin bergegas pulang dan tidak ingin mengambil masa yang lama dengan terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Ini sahaja perkongsian pengalaman yang dapat dikongsi bersama sebagai inspirasi untuk menjadi seorang wartawan dan penulis yang lebih berkerja keras.

Friday 21 March 2014

Wawancara bersama Pencetus Ummah Fidz

          Oleh: Asri Yussof

Pencetus Ummah Fidz atau Ustaz Hafidz Zawawi




1.     Boleh Ustaz ceritakan sepintas lalu, pengenalan ringkas diri ustaz dan latar belakang pendidikan?

Nama penuh saya, Mohd Hafidz bin Mohd Zawawi. Berasal dari Machang, Kelantan. Dilahirkan pada 17 November 1986 dan  sudah mendirikan rumahtangga dan sah bergelar suami kepada isteri saya yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Pendidikan menengah saya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah, Machang, sehinggalah saya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2003. Pada tahun 2005, saya meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik Kok Lanas, Kota Bharu, dalam bidang Mekatronik. Alhamdulillah, di sini saya mendapat Anugerah Dekan dengan kelulusan CGPA 3.56. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Bukit Cina, Kok Lanas menjadi pilihan saya untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang keagamaan. Di sini, saya menamatkan dengan 10 juz’ hafalan Al-Quran.

Kemudian, saya meneruskan pengajian saya di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dalam bidang Diploma Al-Syariah. Berikut CGPA yang saya perolehi setiap semesta sepanjang pengajian saya di KIAS: semester 1 (3.86), semester 2 (3.96), semester 3 (3.84), semester 4 (3.92), semester 5 (3.93), semesta 6 (3.90). saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik semasa Masjid Konvokesyen KIAS 2013.


2.     Apakah perkara yang dilakukan untuk terus bermotivasi?

Motivasi utama saya adalah daripada Ibu saya. Setiap kali saya gagal dalam kembara ilmu ini. Ibu saya yang tidak berputus asa memberi semangat kepada saya. Kerap kali saya gagal, ibu yang banyak memberi semngat. Selain itu saya juga suka membaca buku motivasi. Saya akan menghabiskan masa yang sangat lama di Perpustakaan dan kedai buku dalam mencari buku yang berkualiti dan memberi semngat pada saya.

Salah satu buku yang memberi semngat kepada saya adalah buku tulisan Adam Khoo “Master Your Mind and Design Your Destiny” Buku ini menceritakan tentang kemampuan manusia melakukan apa sahaja yang diimpikan. Tiada sesiapa yang mampu menghalang matlamat kita kecuali Allah menrencanakan sesuatu yang lebih baik pada kita. Apapun, manusia perlu membina impian dan terus berusaha tanpa kenal berputus asa untuk mengapai impian.

Buku ini juga menceritakan kuasa percaya diri “SELF CONFIDENT” yang tinggi untuk manusia melakukan apa sahaja dalam mengapai impian. Saya menyarankan buku ini dibaca oleh adik-adik di KIAS supaya terus bersemangat untuk mengapai impian berjaya didunia dan akhirat. Melalui buku inilah saya meletakkan MOTO hidup saya NEVER GIVE UP!!!


3.  Ustaz pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden PMKIAS, mungkin ustaz boleh kongsikan, apakah tips untuk seimbangkan antara akademik dan berpersatuan?

Saya mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan Akademik dan persatuan. Bagi saya akademik no 1 dan persatuan no 2. Kerana matlamat kita disini adalah untuk belajar dan kerana belajarlah kita samapai ke lembah ilmu ini. Namun tidak dinafikan persatuan juga penting. Namun apabila pertembungan antara kelas dan persatuan, maka kelas diutamakan. Jangan sesekali kita meningglakn kelas kerana persatuan, kerana kita semupama mengkhianati amanah ibu bapa kita.

Saya juga sedih apabila ada sebahagian dari para sahabat yang tidak mampu meneruskan pengajian keran terlalu aktif berpesatuan. Ini adalah suatu perkara yang salah. Perlu diingat persatuan hanya softskill yang perlu ada bagi seseorang pendakwah namun skill yang paling utama adalah ilmu itu sendiri. Kerana itu apabila kita tiada ilmu, sehebat manapun soft skill kita, itu semua tidak bermakna. Kita akan jadi seperti sebuah tin yang kuat bunyinya tetapi kosong.


4.     Apakah prinsip dalam dakwah yang ustaz sematkan di dalam hati?

Matlamat saya dalam dakwah adalah menyampaikan matlamat dakwah iaitu supaya masyarakat atau sasaran dakwah itu mengenal Islam. Namun malangnya, ramai dikalangan pendakwah terlalu rigid dengan method dakwah sehingga dakwah itu tidak sampai, Contohnya: Mengharamkan nyayian, terlalu rigid dengan pemakaian dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan pendekatan dakwah islam dibarat. Mereka sangat terbuka dan kreatif dalam menyampaikan dakwah.

Kaedah dakwah hari ini perlu lebih kreatif, dan perlu mengunakan FIQH TAISIR bagi memudahkan masalah Ummat. Saya juga menyaranakan para pendakwah agar lebih terbuka dalam pandangan FIQH. Isu semasa yang melanda masyarakat sekarang, memerlukan para pendakwah merujuk pandangan mazahab lain dari Syafie selain iainya perlu dihubung jalin dengan konsep Negara berpelembagaan di MALAYSIA.


5.     Siapakah sosok tubuh yang menjad inspirasi kehidupan akhi?

Sejujurnya, ibu saya menamakan saya MOHD HAFIDZ sempana nama Data’ Harun Din AL-HAFIDZ. Jadi nama Al-Hafidz itu diambil dari gelaran al-quran itu supaya saya menjadi seorang ulama seperti Dato’ Harun Din. Insyallah. Mohon doanya teman-teman.


6.     Adakah ustaz mempunyai mana-mana amalan istimewa yang diamalkan?

Saya hanya pelajar biasa yang tidak ada keistimewaan dari segi OTAK yang BRILIANT. Namun saya hanya mengamalkan apa yang dilakukan oleh orang berjaya untuk berjaya. Kerana bagi saya untuk berjaya kita kena tiru orang yang berjaya. Berikut adalah tips semasa saya menuntut ilmu di KIAS.
1)     Habiskan Muqarrar Al-Quran Seawal Mungkin
2)     Membaca Sebelum Kelas
3)     Buat Nota Bagi Setiap Subjek dan bagi percuma pada rakan-rakan
4)     Selalu jumpa pensyarah
5)     Berhadapan Masalah Sosial


7.  Apakah Strategi yang dirancang setelah tamat dalam program realiti TV dakwah Pencetus Ummah?

PENCETUS UMMAH sebenarnya memberi satu saranan baru untuk saya dalam bidang dakwah. Selain saya sedar, yang saya perlu lebih banyak belajar dan menambahkan ilmu. Insyallah saya dalam proses belajar lagi dan akan terus belajar. Cuma insyallah Fokus saya adalah lebih kepada FIQH SEMASA dan EKONOMI. Saya melihat masyarakat cuba lari dari ISLAM hari ini, bukan kerana mereka bencikan ISLAM. Namun kerana mereka tidak melihat ISLAM sebagai SOLUSI bagi masalah mereka. Bagi mereka SLOGAN Islam sebagai WAY of LIFE hanya sekadar SLOGAN dan RETORIK sahaja. Ditambah Islam digambarkan oleh sebilangan mereka yang tidak terbuka dengan FATWA yang keras. Seolah-olah fatwa mazhab lain tidak bernilai dan tidak boleh digunakan. Sedangkan dalam beberapa perkara terutamanya berkaitan MUAMALAT banyak Fatwa Mazhab Lain yang digunakan PAKAI dalm masyarakat hari ini.

Selain itu, saya amat bercita-cita menjadi Ulama yang Pakar Ekonomi dan mampu “MERANCANG EKONOMI” Seperti YB Rafizi Ramli. Saya melihat buat masa ini, tidak ramai ulama yang menguasai bidang “PERANCANG EKONOMI” apatah lagi dalam skala yang lebih luas merancang ekonomi Negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Jadi saya amat yakin dan percaya, keyakinan masyarakat kepada ISLAM akan kembali jika apabila kita mampu menjadkan ISLAM sebagai Solusi kepada EKONOMI dan MASALAH semasa mereka. Insyallah.


8. Apa Pendapat mengenai Pendakwah Yang “Menjual Agama” dengan program Motivasi?

Menarik soalan ini. Sebelum saya pergi jauh, saya kira ramai yang tidak memahami maksud sebenar “MENJUAL AGAMA” yang termaktub dalam Al-Quran.

dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

Kalau boleh saya ringkaskan, jika kita merujuk kepada kitab TAFSIR, makna menjual agama adalah seperti berikut :-
·         MengHALALkan apa yang Diharamkan
·         Menyembunyikan KEBENARAN
·         Menukar Erti Tafsiran AGAMA

Jesteru jika dilihat, maksud menjual agama bukanlah merujuk kepada agamawan yang meletakkan harga tertentu bagi sesuatu ceramah. Perlu difahami, sebahagian ahli agama memghabiskan masa yang panjang membuat kajian, memtarjih nas, mencari hukum yang tepat kepada masyrakat, menyediakna Slide, menyusun isi ceramah agar mudah difahami. Semuanya memerlukan masa, tenaga dan Usaha. Dan perlu kita fahami Islam mengiktiraf konsep USAHA dalam Islam. Dan jika merujuk KITAB Fiqh Muamalah Maliah Muasirah Karya Dr Mohammad Usthman Shibir Daripada University Jordan. Jelas ulama kontemporari hari ini mengiktiraf konsep Harta yang lahir dari PEMIKIRAN DAN IDEA dikenali sebagai Hukuk Al-Zihniah (حقوق الذهنية)

Cuma dalam konsep semasa saat ini, sama ada penceramah mahupun penganjur perlu menilai dengan terbuka. Penceramah juga perlu diberikan sumbnagan mengambil kira perkara yang saya sebutkan diatas, disamping beliau perlu berkompromi dengan kemampuan penganjur. Penganjur juga perlu faham, dalam konteks hari ini perlu kreatif mencari sumbangan. Namun secara jujur sekiranya ada penceramah yang meletakkan harga terlalu tinggi sehingga membebankan. Perlu ada timbang tara disitu.


9.     Apakah Objektif ustaz memasuki dalam bidang motivasi

Secara umum, saya bukan seorang pakar motivasi. Saya mengambil pendekatan KONSULTAN MOTIVASI setelah melihat ruang yang ada untuk mendekati remaja melalui konsep motivasi di sekolah. Jesteru peluang untuk mendekati remaja ini saya gunakan sebaiknya. Kerana bagi saya, anak muda adalah harapan NEGARA. Andai rosak mereka, rosaklah Negara. Jesteru penekanan terhadap mentarbiah remaja dan anak muda ini perlu lebih diberi keutamaan di setiap peringkat.