Tuesday 22 April 2014

Nik Nazmi: BERTANDING SECARA TERBUKA DAN SIHAT



Oleh: Asri Yussof

Nik Nazmi Nik Ahmad, Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),  apabila ditanya mengenai isu bertanding secara berkumpulan di dalam PKR, beliau tidak memandang ia sebagai suatu yang negatif bakal timbul. Walaupun ada yang beranggapan akan wujud musuh dalam selimut, ahli yang tikam belakang, namun bagi beliau walaupun tidak dibuat bertanding secara berkumpulan pun, perkara itu boleh juga berlaku. Beliau memberi contoh seperti di kemaman pada tahun 2001 dahulu. Tambah beliau lagi,  sama sahaja jika buat atau tidak, maka tidak perlu timbul isu ini jika dibuat pemilihan berkumpulan, asalkan calon-calon bertanding secara sihat. Ini juga salah satu dari nilai demokrasi.
             
Di Majlis Sembang Santai Selera bersama beliau semalam yang diadakan di Restoran Kiswah, Jalan Masjid Langgar, Kota Bharu. Nazmi memberi ulasan isu Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Kelantan, dia bersetuju dengan Hudud sebagai seorang muslim namun melalui persetujuan di dalam Pakatan Rakyat perkara itu tidak dipersetujui untuk dilaksanakan. kita perlu melihat fokus utama kita menerusi Maqasid Syariah, Aulawiyat (keutamaan) dan ada perkara yang perlu lebih didahulukan berbanding isu Hudud katanya.
             
Terakhir, beliau melihat kesedaran anak muda masa kini agak tinggi terhadap politik dan semoga trend ini dapat diteruskan, walaupun anak muda tidak menjadi ahli politik sepenuh masa namun mereka tetap mengambil kisah terhadap politik dan tidak mengambil sikap acuh tak acuh.
             
Nazmi mengakhiri dengan pepatah Inggeris “Politik ini terlalu penting untuk ditinggalkan kepada ahli politik semata-mata.”

No comments:

Post a Comment