Monday 21 April 2014

AMK4Malaysia: Idea Menjadi Keutamaan




Oleh: Asri Yussof

Melalui perkumpulan seperti ini, mana-mana calon boleh membentang idea secara bebas dan 
semua ahli berhak memilih mana-mana calon yang dirasakan boleh memimpin mereka, kata Naziratul Aini Muhamad Sayuty atau lebih senang dipanggiil Aina ketika ditemuramah semalam.

             
Aina yang mengambil Calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Ketua AMK Cabang Kota Bharu, menyatakan perbezaan AMK berbanding barisan Pemuda mana-mana parti politik lain, AMK diduduki oleh lelaki dan perempuan. Beliau bertegas wanita juga boleh memimpin, malah ada yang lebih baik berbanding lelaki. Katanya Datin Sri Wan Azizan (Kak Wan) yang selama ini menaungi PKR sebagai Presiden telah terbukti, wanita boleh memimpin.
             
Apabila ditanya apa yang ingin dibawa, Aina membalas ada empat perkara. Pertama (1), Pendemokrasian Organisasi dan Melahirkan Gerakan Massa iaitu melalui pelaksanaan Konvensyen AMK di setiap negeri dalam tempoh 3 tahun sekali. Tambahnya, konvensyen AMK Negeri ini akan berperanan mengambil alih kuasa melantik Ketua AMK negeri daripada Ketua AMK Malaysia kepada AMK-AMK Cabang. Kedua (2), Pemberdayaan Ekonomi Anak Muda iaitu dengan mengkaji peluang-peluang sah yang ada untuk disertai usahawan anak muda dan memperkenalkan program Sekolah Ekonomi Street Smart untuk membimbing selok belok perniagaan. 

Ketiga (3), Pemantapan dan Penyusunan Semula Latihan dan Pengkaderan Anggota iaitu memperkasa Skuad AMK, mengembangkan Mahasiswa Keadilan dan meneruskan KEADILAN Intership Program. Yang terakhir, Keempat (4), Politik Cakna Seni, Budaya & Sukan iaitu mengiktiraf hak-hak seniman, menuntut reformasi organisasi-organisasi sukan secara menyeluruh, mengadakan pelbagai aktiviti interaksi dengan seniman, budayawan dan atlet, juga mengadakan karnival Anak Muda.

No comments:

Post a Comment