Nilam puri –
Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) telah
menganjurkan program ‘Dialog PTPTN’ bersama Pegawai Kewangan KIAS (bahagian
pengurusan PTPTN) untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan pelajar yang
lambat memperoleh duit pimjaman PTPTN bagi sesi pengajian Jun 2013.
Masalah utama
kenapa pembayaran menjadi lambat, adalah kerana sistem pengurusan KIAS yang
masih lagi menggunakan sistem manual dengan mengekalkan seorang sahaja pegawai
kewangan, sepatutnya pegawai kewangan untuk menguruskan PTPTN perlu ditambah
sekurang-kurangnya menjadi dua orang pegawai. Lagi kata En. Fida (bekas pegawai
kewangan bahagian pengurusan PTPTN), berlaku juga masalah di pihak pengurusan
pejabat PTPTN Negeri Kelantan dalam menyenaraikan nama-nama pelajar yang
memohon pinjaman, dan pernah berlaku sistem menjadi ‘hang’ menyebabkan terdapat
beratus nama pelajar yang tidak disenaraikan yang menjadikan pembahagian duit
pinjaman sedikit lambat.
KIAS akan membeli
sistem pengurusan atas talian (online) yang lebih tersusun dengan Kolej
Universiti Insaniah, dan jika sistem ini digunakan di KIAS, maka susunan
penerimaan nama-nama pemimjam akan lebih mudah dan cepat untuk diuruskan kerana
nama-nama tidak perlu ditaip secara manual oleh pegawai yang terlibat kerana
nama-nama pemimjam akan terus dimasukkan melalui sistem pada hari pendaftaran
pelajar secara ‘online’.
Tambah En. Fiada
lagi, Pembahagian duit pinjaman kepada pelajar juga mengikut jadual yang sudah
ditetapkan oleh pihak PTPTN. Berikut merupakan jadual pembahagian duit pinjaman
kepada pelajar yang sempat dirakam oleh wartawan.
Pegawai kewangan
bahagian PTPTN, En. Al-Amin, katanya telah pergi bersama-sama wakil PMKIAS ke
pejabat kewangan untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belum mendapatkan
duit pinjaman. Katanya, pinjaman akan dibahagi ke akaun pelajar paling awal
sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha
atau paling lewat yang boleh beliau jangkakan ialah selepas sambutan Hari Raya
Aidiladha.
Salah seorang
pelajar yang bersama-sama di dalam program dialog tersebut telah mencadangkan
agar dialog seperti ini kerap diadakan untuk memudahkan urusan penyampaian
maklumat secara berkesan kepada pelajar daripada pihak pengurusan, namun pegawai
kewangan (En. Fida) menyangkal cadangan tersebut dengan menegaskan kewangan
akan terus menyebarkan maklumat perihal kewangan melalui memo yang ditampal di
papan kenyataan bahagian kewangan. Mahasiswa yang sepatutnya lebih mengambil
perhatian dengan memo yang ditampal dan jika ada sebarang pertanyaan, pelajar
dialu-alukan ke pejabat bahagian kewangan untuk bertanya.
Melalui Naib
Presiden PMKIAS, Anas Malik, Majlis Syura PMKIAS sudah bermesyuarat beberapa
kali untuk menyelesaikan isu yang timbul ini, antara resolusi yang dicapai
ialah wakil PMKIAS bersama pihak kewangan telah pergi ke pejabat PTPTN
bersebelahan dengan Habib Hotel Kota Bharu untuk bertanya perihal masalah di
pihak PTPTN yang menjadikan pembahagian pinjaman begitu lambat kepada
sebahagian besar pelajar. Tambah beliau lagi, Presiden, Khairul Amin, yang
banyak pergi sendiri ke pejabat kewangan untuk terus bertanyakan mengenai
pembahagian pinjaman dan urusan-urusan kewangan lain untuk mahasiswa KIAS.
Cadangan
daripada pelajar, Ahmad Iqram mohd Noor (Dip. Usuluddin) ingin menyerahkan
video rakaman kepada pihak PTPTN dan mengadakan dialog bersama PTPTN agar
perbincangan mengenai isu ini tidak hanya berbincang disebelah pihak sahaja.
Bagi pihak wartawan, cadangan oleh Iqram tersebut perlu diambil serius oleh
pihak PMKIAS agar cadangan tersebut dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Menyentuh
beberapa isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pelajar KIAS di laman sosial
facebook, dengan menuduh KIAS menggunakan duit pinjaman perbelanjaan pelajar
sebagai modal dan aset untuk membangunkan bangunan kuliah baru, membeli bas
baru dan menaik taraf struktur kawasan KIAS. En. Al-Amin dengan tegasnya
meyangkal dakwaan ini, kata beliau pembangunan bangunan kuliah baru di bahagian
tepi asrama perempuan (asrama khadijah) ditaja oleh Yayasan YAKIN dan bas baru
KIAS dibeli secara pinjaman dengan pembayaran balik tiap-tiap bulan sebanyak RM
2000 tanpa menggunakan sedikitpun wang pinjaman yang diperolehi oleh pelajar.
No comments:
Post a Comment