Amat dikesalkan apabila Putrajaya masih enggan membenarkan abu pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang dari Thailand, selepas 25 tahun perjanjian damai menghentikan pemberontakan komunis, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy.
“Ia sangat kejam. Apa salahnya bawa pulang abunya? Kita tidak perlu bersetuju dengan komunisme.
“Dia sudah mati dan tidak ada lagi. Bolehkah abunya hidupkan kembali komunisme?” kata pemimpin DAP itu kepada The Malaysian Insider. - The Malaysian Insider - See more
No comments:
Post a Comment