Tuan Subky Latif menyampaikan pembentangannya di Seminar Pemikiran & Ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy |
Siapakah yang menggelapkan sejarah
mengenai Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang ditanya oleh salah seorang peserta,
dijawab oleh Prof. Madya Dr. Syed Muhd Khairudin Aljunied dengan menyalahkan
semula kepada peserta yang hadir kerana kita sering menyalahkan orang lain dan
sebenarnnya kita sendirilah yang menggelapkan sejarah kerana ramainya orang
yang kurang minat kepada sejarah maka kurangnya catatan sejarah yang
diterbitkan kembali.
Subky Abdul Latif pula berpandangan
sama, menyatakan sejarah Burhanuddin Al-Helmy digelapkan kerana orang tidak
minat sejarah. Penulisanlah yang membarakan kajian-kajian sejarah.
Subky menambah pada akhir sesi soal
jawab “Dr. Brhanuddin Al-Helmy telah reborn (dilahirkan semula)” melalui peganjuran
Seminar Pemikiran & Ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Kajian Sempena 63
Tahun PAS Malaysia kerana sejarah sudah tidak gelap lagi, dan semua peserta
yang hadir mendapat input-input berkaitan Dr. Burhanuddin.
Seminar yang diadakan semalam pada
11 Disember 2014 bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 10.30 malam di Dewan
Bunga Teratai, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah dihadiri
peserta yang memenuhi dewan seminar, kira-kira 300 orang. Dr Muzammil Mohd Noor
dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Dr Muhaimin Sulam dari Universiti
Teknologi Petronas dan YB. Dato Kamarudin Jaffar – Ahli Parlimen Tumpat juga
bersama-sama dijemput menjadi panel Seminar semalam. Seminar telah dirasmikan
oleh Yb. Dato’ Dr. Mohd Fadzli Dato’ Hassan, Exco Kerajaan Negeri merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan & Pengajian TInggi,
Kerajaan Negeri Kelantan pada akhir majlis di sebelah malamnya.
-Asri Yussof
asriyussof013@gmail.com
No comments:
Post a Comment