Oleh: Asri Yussof
Malaysia menghadapi krisis
pendidikan yang mencemaskan. Sistem pendidikan pada hari ini terlalu mengejar
kecemerlangan, kita hilang roh pendidikan, kita lebih banyak menguji daripada
pendidikan (mendidik) dan kita hanya melahirkan manusia yang berpelajaran tapi
tidak berpendidikan. Inilah permulaan ucaptama Dato’ Dr. Siddiq Fadzil di
Konvensyen Pendidikan TFTN kali kedua yang diadakan semalam di TM Convention
Centre. Anjuran Teach For The Needs (TFTN), sebuah organisasi bebas yang cuba membangunkan
sistem pendidikan demi memanusiakan manusia.
Anas Alam Faizli mengiringi Dato' Dr. Sidiq Fadzil ke Pentas Utama |
Lagi kata beliau, sekolah (pusat
pendidikan) pada hari ini mempunyai krisis kegagalan dalam memberikan kasih
sayang. Sepatutnya pelajar yang dijana dari proses pendidikan mampu mencipta
pekerjaan dan bukannya meminta pekerjaan. Jurang pendidikan menjadikan golongan
miskin (kurang berada) tidak dapat menerima pendidikan secara menyeluruh.
Adanya Golongan yang miskin ini bukan
kerana mereka miskin tetapi kerana mereka dimiskinkan oleh manusia yang
menindas dan zalim.
Menyentuh juga ucapan aluan dari
Anas Alam Faizli, merangkap CEO TFTN, beliau memaklumkan indeks pendidikan
dunia hari ini meletakkan Malaysia di tangga ke 98 dari 181 negara yang lain.
Malang kata beliau, jika pendidikan hari ini hanya diberi maksud yang sempit untuk
lulus peperiksaan semata-mata. Beliau menekankan agar Malaysia dapat mewujudkan
pendidikan bersama. Mengakhiri ucapan aluan dan sekali gus merasmikan
Konvensyen Pendidikan TFTN kali kedua, beliau meminta peserta untuk menjawab
pada diri sendiri, apakah pendidikan hari ini perlu kepada reformasi,
transformasi atau revolusi. “Baca, faham, fikir dan bertindak” itulah slogan
akhir disampaikan dalam ucapan beliau.
“Apa guna jika ada 1000 Aristotle jika tidak berbuat apa-apa.” Ali Shariati.
TFTN juga mencadangkan Mazhab Cinta dalam Pendidikan. Cinta
mempunyai maksud yang begitu meluas, malah TFTN tidak mengambil Cinta itu pada
sudut bercinta diantara lelaki dan wanita namun ianya lebih menekankan aspek kasih
sayang diantara murabbi dan mad’u (pelajar dan anak murid).
Peserta Memenuhi Dewan Konvensyen |
Kenapa Cinta? Ini disebabkan Malaysia merupakan sebuah Negara unik
yang mempunyai kepelbagaian kaum, bangsa dan agama maka dengan cintalah segala
kepelbagaian ini dapat bersama. Dengan mazhab cinta juga akan memberhentikan
sistem pendidikan yang menekankan pelajar untuk bersaing (dengan meletakkan
yang pandai di depan dan yang tidak pandai di belakang – dengan hanya melihat
kepada status keputusan peperiksaan yang dijalankan). Hasil dan kesan jangka
panjang yang bakal berlaku dari mazhab cinta ini, ianya akan mendidik anak-anak
belajar kerana cintakan ilmu bukan kerana peperiksaan dan guru mengajar kerana
cintakan anak murid bukan kerana gaji.
ReplyDeleteBismillahir Rahmanir Rahmanirahim
https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI
Salam dan renungan
Web: almawaddah.info
Kepada;
Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti.
Tun,Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.
Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info
1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?
2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?
Terima kasih dan 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
.....