Friday 4 April 2014

Lawatan ke Kuala Lumpur

Oleh: Asri Yussof

Alhamdulillah, pada 30 Mac 2014 sehingga 2 april 2014 yang lalu, Kelab Wartawan Muda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Beberapa tempat telah kami lawati sebagai satu projek pembelajaran untuk mahasiswa/wi yang berminat dalam dunia kewartawanan dan penulisan. Walaupun nama kelab diletakkan dengan nama ‘Kelab Wartawan Muda’ tapi fokus kelab ini adalah dalam bidang penulisan dan kewartawanan. Antara tempat yang kami sempat berkunjung:

1.      Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Lembah Pantai
2.      Galeri Ilmu Media Group Sdn. Bhd, Damansara
3.      Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang
4.      Karangkraf Media Group, Shah Alam
5.      Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM)
6.      Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya

Banyak perkara dan pengalaman yang didapati daripada perjalanan lawatan ini. Semasa berkunjung ke Universiti Malaya, kami melihat pelajar-pelajar memenuhi ruang-ruang yang disediakan untuk pelajar mengadakan perbincangan dan ulangkaji pelajaran. Ini suatu suasana yang tidak pernah saya lihat. Suasana pembelajaran di sini wujud. Mahasiswa/wi bijak menggunakan masa dan ruang yang disediakan pihak fakulti. Untuk malayakkan diri untuk masuk ke Universiti Malaya, ianya bukan mudah. Banyak saingan dan hanya beberapa kekosongan yang dibuka untuk pengambilan pelajar baru.

Sesi Taklimat ringkas di Fakulti Sastera & Sains Sosial

Penyerahan Cenderahati


Kami menjengah pula ke ibu pejabat, Galeri Ilmu Media Group. Di sini, saya belajar sesuatu. Bila saya bertanya bagaimana pihak Galeri Ilmu mengurus saingan dalam bidang yang sama? Pihak Galeri Ilmu terus menjawab, kami tidak bersaing tetapi kami saling lengkap melengkapi. Saya kira ini jawapan yang sangat mantap. Mereka tidak memikirkan persaingan sebagai keutamaan tetapi menjadikan Galeri Ilmu sebuah syarikat yang melengkapi bersama dengan syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Saya juga tertarik untuk bertanya, kenapa Galeri Ilmu mengguna lambing kompas sebagai logo utama? Pihaknya menjawab, ini kerana pada permulaan penubuhan Galeri Ilmu, pihaknya masih mencari-cari arah dan hala tuju, maka dengan hasrat mencari yang jitu maka digunakan simbolik kompas untuk mencari arah karier.


Selesai hari pertama dengan berkunjung ke UM dan Galeri Ilmu. Pada hari kedua, lawatan kami diteruskan ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPM dan Karangkraf di Shah Alam. Apa yang menarik perhatian saya kepada UPM, sebelum lawatan ini, saya ada membuat sedikit pemerhatian terhadap fakulti ini di laman web rasmi mereka dan saya sungguh terkejut yang UPM mempunyai studio Radio sendiri dan mempunyai frekuensi sendiri untuk bersiaran. Mereka manamakan stesen radio UPM dengan nama, Putra.fm. mereka melantik staf khas untuk menjaga konti dan beberapa daripada pelajar untuk menjadi dj radio. Di stesen radio itu juga, para pelajar dapat membuat latihan industri (praktikal) dan ini tidak akan menyusahkan pelajar lagi mencari tempat lain untuk melaksanakan latihan industri pada akhir pengajian. Saya sempat berkunjung ke Putra.fm bersama kawan-kawan yang lain, semua kelengkapan teknikal ada di situ. Pihak fakulti memaklumkan, belanjawan untuk menyediakan studio radio tersebut sebanyak 12 Juta.

Ramah Mesra di Fakulti Bahasa & Komunikasi



Taklimat di Studio Radio Putrafm

Tamat dari UPM, kami terus bergegas bertolak ke Shah Alam untuk mengejar masa agar kami sempat memulakan lawatan pada pukul 2.30 petang. Begitulah masa yang telah dijadualkan kepada pihak kami. Kerangkraf begitu sudi menerima lawatan kami. Mereka telah menghantar tentatif lawatan kami sepanjang di karangkraf, dua minggu sebelum kami bertolak ke kuala lumpur lagi. Karangkraf merupakan sebuah syarikat penerbitan yang antara terbesar di Malaysia. Mereka menerbit sebanyak 25 jenis majalah, buku-buku pelbagai genre dan mempunyai syarikat percetakan iaitu Ultimate Printing dan studio fotografi dengan keluasan boleh memuatkan dua buah trak. Kami memulakan di bahagian editor dan wartawan, kemudian ke bahagian grafik. Saya sungguh terpana melihat cara kerja mereka. Dalam hati saya seolah-olah mumujuk untuk memohon kerja di sini untuk mengambil pengalaman sebanyak mungkin di sini.

di Lobi Karangkraf
Bergambar bersama CEO, Dato' (Dr.) Hussamuddin

Di bahagian reka grafik, saya dapat melihat semua bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja pengeditan yang akan diterbitkan untuk dua ke tiga bulan hadapan. Yang paling menarik, kerangkraf akan menerbitkan majalah-majalah bulanan mereka bukan pada awal bulan. Tetapi pada 15hb. Maksudnya, majalah bulan April diterbitkan dan siap diedarkan pada 15hb Mac. Begitulah cara karangkraf merebut pelanggan dan mengurus persaingan.

Taklimat di Bahagian Garafik
Hari terakhit. 2 April, kami memulakan lawatan ke Angkasapuri RTM. Sepanjang lawatan kami, kami dibawa oleh dua staf yang membahasa dirinya sebagai Ummi dan Alif. Kami dibawa melawat ke Studio 1, pada waktu itu, kru-kru sedang sibuk menyiapkan set pentas program ‘Dialog’ yang akan bersiaran secara langsung pada malam itu. Studio 1 merupakan studio yang paling luas dan boleh memuatkan penonton seramai 200 orang. Ianya merupakan set studio yang tidak kekal. Maksudnya banyak pengambaran rancangan dilakukan di situ. Setiap kali pengambaran akan diadakan disitu, setiap kali itulah set-set pentas akan dialihkan. Kemudian kami ke studio 2. Studio ini menempatkan set rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia yang bersiaran setiap hari pada awal pagi, bermula 7.45 pagi hingga 9.30 pagi dan rancangan Hello On Two (HOT) yang bersiaran setiap isnin hingga khamis bermula pukul 12 tengahari hingga 1 petang.

di Studio 1

di Studio 2, Set Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia


Kami dibawa pula ke studio 3,4 dan 5. Ketiga-tiga studio ini kami hanya dapat melihat dari luar, kerana pada waktu tersebut diadakan siaran langsung untuk Berita Terkini mengenai MH370. Studio ini merupakan studio automatik dan keluasannya yang tidak terlalu luas. Kamera yang digunakan tidak memerlukan kru, ianya boleh dikawal melalui komputer dan pentasnya hanya dengan skrin hijau. Selesai melawai Wisma TV, kami dibawa ke Auditorium Perdana, Auditorium P. Ramlee dan Wisma Radio. Kesemua radio-radio dibawah kelolaan RTM dapat kami kunjungi. Bermula dengan Klasikfm, Nasionalfm, Asyikfm, Selangorfm  dan banyak lagi. Selesai lawatan kami di RTM, kami sempat bergambar berlatar belakangkan bangunan RTM dan sesi penyerahan cenderahati.



Kemudian, kami bertolak balik semula ke penginapan di Institut Perguruan (IPG) Kampus Bahasa Melayu untuk mengemas bilik dan barang-barang sebelum bertolak pulang dan menuju ke tempat terakhir di Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya.

Kami disambut baik oleh staf Muzium dan terus dibawa melawat secara pantas kerana kami bergegas untuk pulang. Di Muzium ini ianya tidak menempatkan kesemua haiwan-haiwan dan tumbuhan, namun ianya hanyalah sekadar galeri dan hanya beberapa haiwan hidup yang kecil sahaja ditempatkan. Bermula di tingkat bawah yang menempatkan replika-replika asli yang bersaiz besar dan hampir pupus seperti badak, tapir sehinggalah ke tingkat atas yang menempatkan serangga dan katak.



Kami tidak sempat berjalan hampir semua tempat di sekitar putrajaya, kerana kami ingin bergegas pulang dan tidak ingin mengambil masa yang lama dengan terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Ini sahaja perkongsian pengalaman yang dapat dikongsi bersama sebagai inspirasi untuk menjadi seorang wartawan dan penulis yang lebih berkerja keras.

No comments:

Post a Comment