Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur di Kota Bharu & Karangkraf (Sinar Harian)
di Pengkalan Chepa menerima kunjungan Kelab Wartawan Muda dari Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada 9 Disember yang lalu. Lawatan
tersebut dikunjungi seramai 38 orang wartawan termasuk penasihat kelab, Puan
Rosnani binti Ripin. Lawatan memulakan kunjungan ke DBP.
Melihat sosok tubuh pengarah DBP,
En. Azmi bin Ibrahim sudah berdiri menunggu kunjungan kami, begitu terharu dan
pihak Wartawan Muda KIAS merasakan begitu dihargai atas kunjungan ini. DBP
merupakan sebuah badan agensi kerajaan yang mengembangkan bahasa dan pewarisan
ilmu kepada rakyat Malaysia. DBP ditubuhkan pada 1956, manakala DBP Wilayah Timur
ditubuhkan pada tahun 1999 dan dirasmikan pada tahun 2000. Pembinaan Negara bangsa melalui Bahasa Melayu
dan tidak mengetepikan bahasa lain menjadi falsafah yang dipegang untuk
menggerakkan DBP sehingga ke hari ini. Visi DBP, Bahasa Melayu sebagai bahasa
utama dunia. Melihat kepada visi ini, perjuangan DBP harus dipuji. Jika dulu
Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franka, maka molek kiranya DBP menjadi
badan untuk mencapai hasrat menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama
dunia. Memartabatkan bahasa melayu dan bahasa jiwa bangsa menjadi misi dan
motto DBP.
Hadiah kenang-kenangan |
Selesai kunjungan di Dewan Bahasa dan Pustaka, perjalanan 37 wartawan diteruskan ke Karangkraf (Sinar Harian) di
pusat perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Di sini, kami sempat berkongsi
idea dan mendengar taklimat di bilik mesyuarat sebelum dibawa ke kilang
percetakan akhbar Sinar Harian. Sinar Harian dicetuskan oleh CEO Pengarah Urusan karangkraf,
Dato’ Hishamudin dan akhbar Sinar Harian memulakan jualan dan promosi di negeri
Kelantan pada 31 Julai 2006. Kilang percetakan dan pengurusan akhar Sinar Harian di kelantan siap diusahakan pada Februari 2006. Tema awal yang digunakan
untuk mempromosikan akhbar sinar harian ialah "akhbar untuk orang pantai
timur" dengan harga permulaan RM 0.50.
Bermula pada tahun 2008, Sinar Harian melebarkan sayapnya ke Terengganu, kemudian pusat percetakan di Pengkalan Chepa dijadikan pusat percetakan untuk akhbar yang akan dibawa ke
seluruh Kelantan dan Terengganu. Karangkraf juga bukan sekadar syarikat
penerbitan dan percetakan semata, tetapi karangkraf telah mengorak langkah
dengan menghulurkan biasiswa kepada pelajar IPT yang layak dengan syarat
pendapatan ibu bapa/penjaga mereka mempunyai gaji RM 5000 ke bawah. Selesai
taklimat dan perkongsian idea bersama wartawan muda KIAS, kami dibawa ke kilang
percetakan akhbar Sinar Harian.
Asyik mendengar taklimat di kilang percetakan |
sekian,
Asri Yussof (asriyussof013@gmail.com)
No comments:
Post a Comment