Sunday 22 December 2013

PENDIDIKAN: Kecemerlangan Tanpa Roh

Oleh: Asri Yussof

            Malaysia menghadapi krisis pendidikan yang mencemaskan. Sistem pendidikan pada hari ini terlalu mengejar kecemerlangan, kita hilang roh pendidikan, kita lebih banyak menguji daripada pendidikan (mendidik) dan kita hanya melahirkan manusia yang berpelajaran tapi tidak berpendidikan. Inilah permulaan ucaptama Dato’ Dr. Siddiq Fadzil di Konvensyen Pendidikan TFTN kali kedua yang diadakan semalam di TM Convention Centre. Anjuran Teach For The Needs (TFTN), sebuah organisasi bebas yang cuba membangunkan sistem pendidikan demi memanusiakan manusia.

Anas Alam Faizli mengiringi Dato' Dr. Sidiq Fadzil ke Pentas Utama

            Lagi kata beliau, sekolah (pusat pendidikan) pada hari ini mempunyai krisis kegagalan dalam memberikan kasih sayang. Sepatutnya pelajar yang dijana dari proses pendidikan mampu mencipta pekerjaan dan bukannya meminta pekerjaan. Jurang pendidikan menjadikan golongan miskin (kurang berada) tidak dapat menerima pendidikan secara menyeluruh. Adanya Golongan yang  miskin ini bukan kerana mereka miskin tetapi kerana mereka dimiskinkan oleh manusia yang menindas dan zalim.

            Menyentuh juga ucapan aluan dari Anas Alam Faizli, merangkap CEO TFTN, beliau memaklumkan indeks pendidikan dunia hari ini meletakkan Malaysia di tangga ke 98 dari 181 negara yang lain. Malang kata beliau, jika pendidikan hari ini hanya diberi maksud yang sempit untuk lulus peperiksaan semata-mata. Beliau menekankan agar Malaysia dapat mewujudkan pendidikan bersama. Mengakhiri ucapan aluan dan sekali gus merasmikan Konvensyen Pendidikan TFTN kali kedua, beliau meminta peserta untuk menjawab pada diri sendiri, apakah pendidikan hari ini perlu kepada reformasi, transformasi atau revolusi. “Baca, faham, fikir dan bertindak” itulah slogan akhir disampaikan dalam ucapan beliau.


“Apa guna jika ada 1000 Aristotle jika tidak berbuat apa-apa.”  Ali Shariati.


TFTN juga mencadangkan Mazhab Cinta dalam Pendidikan. Cinta mempunyai maksud yang begitu meluas, malah TFTN tidak mengambil Cinta itu pada sudut bercinta diantara lelaki dan wanita namun ianya lebih menekankan aspek kasih sayang diantara murabbi dan mad’u (pelajar dan anak murid).

Peserta Memenuhi Dewan Konvensyen

Kenapa Cinta? Ini disebabkan Malaysia merupakan sebuah Negara unik yang mempunyai kepelbagaian kaum, bangsa dan agama maka dengan cintalah segala kepelbagaian ini dapat bersama. Dengan mazhab cinta juga akan memberhentikan sistem pendidikan yang menekankan pelajar untuk bersaing (dengan meletakkan yang pandai di depan dan yang tidak pandai di belakang – dengan hanya melihat kepada status keputusan peperiksaan yang dijalankan). Hasil dan kesan jangka panjang yang bakal berlaku dari mazhab cinta ini, ianya akan mendidik anak-anak belajar kerana cintakan ilmu bukan kerana peperiksaan dan guru mengajar kerana cintakan anak murid bukan kerana gaji.

Tuesday 10 December 2013

PENDIDIKAN: Satu Lontaran Idea Dr. Riduan Mohamad Nor

Berkenaan falsafah pendidikan Negara, Dr. Riduan memberi pandangan dalam thesis beliau yang telah diterbitkan menjadi buku Sumbangan PAS dalam bidang Pendidikan di Malaysia, beliau berpendapat falsafah pendidikan akan memandu sesebuah orientasi dan pelaksanaan pendidikan seterusnya sebagai kayu ukur yang ingin dicapai dalam pendidikan sesebuah Negara. ianya seumpama tiang parameter atau halatuju sesebuah pendidikan yang ingin dicerapkan kepada para pelajar. Seluruh ruh dan jasad pendidikan Negara harus terarah kepada falsafah pendidikan yang telah dicitrakan.

Dr. Riduan dalam program Bedah Buku 'Cinta Sang Murabbi' di KIAS

Dalam temuramah bersama beliau baru-baru ini pada 4 disember 2013 selepas tamat program Bedah Buku Cinta Sang Murabbi  di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), kebetulannya, beliau menyatakan bahawa falsafah pendidikan Negara sememangnya gagal memanusiakan manusia kerana melihat kepada sistem yang terancang agar para pelajar tidak dapat memahami Islam secara syumul di pusat pendidikan Negara (sekolah atau IPT). Contoh yang dapat dilihat pada matapelajaran pengajian tamadun Islam yang dikurangkan jam kreditnya di universiti. jika kita lihat pada tahun 2005-2006, geran perkapita untuk sekolah agama rakyat ditarik. Termasuk akta pendidikan 1995, ini semua untuk mengawal sekolah-sekolah agama dan Institusi Pengajian Islam. Beliau sinis menyatakan, Ada ketidakjujuran telah berlaku dalam sistem akdemik supaya pelajar tidak memahami Islam secara sempurna dan ini bukan kebimbangan berdasarkan kepada mainan politik antara PAS dan UMNO semata-mata tetapi sebenarnya ia lebih jelas berdasarkan program penindoktrinisasi yg dibuat oleh kerajaan dan Biro Tata Negara dengan menakut-nakutkan guru untuk bercerita lebih di luar silibus.

Melalui hasil tulisan thesis beliau, terdapat dua pandangan mengenai falsafah dan teori pendidikan iaitu berorientasikan kemasyarakatan dan individu. Falsafah Pendidikan yang ingin diaplikasikan di dunia hari ini kebanyakannya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan mengenepikan keperluan individu. Falsafah Pendidikan Islam juga tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi konsep, kecuali faktor aqidah Islam, sumber ilmu dan matlamat ilmu sahaja. Pakar-pakar pendidikan Islam meletakkan falsafah pendidikan Islam sebagai satu usaha untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengamalan setiap individu manusia bagi membangunkan masyarakat dan Negara. Pokok pengkal pendidikan dalam Islam adalah berteraskan sumber wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itu pendidikan Islam bertujuan melahirkan hamba yang taat kepada Allah dengan matlamat mencapai kejayaan dunia dan akhirat.


Kata beliau lagi, Pelaksanaan kepada falsafah Negara mempunyai kekurangan, contohnya kepada falsafah pendidikan Islam – apabila jam kredit yang terlalu kecil (120 minit seminggu) ini akan mengakibatkan pelajar tidak dapat memahami tentang Islam yang syumul. Namun secara keseluruhannya beliau tidak menolak falsafah, cuma aplikasi untuk melaksanakan falsafan perlu diberi nilai tambah yang banyak.

Beliau juga bersetuju menyatakan, Universiti (IPT) pada hari ini seperti sebuah kilang penghasilan mahasiswa yang hanya mencari kelayakan akademik semata-mata dan ini tidak dapat memanusiakan manusia melalui apa yang kita harapkan daripada falsafah  pendidikan Islam. Jika perkara ini berlanjutan ia merupakan penyebab graduan pada hari ini yang masuk bekerja dalam sektor awam dan swasta, berkemungkinan besar akan berlaku pecah amanah, jenayah kolar putih, penyelewengan dan rasuah disebabkan oleh punca kegagalan pendidikan.

Memetik rumusan dari thesis beliau juga, untuk merialisasikan misi dan visi yang holistik dalam membentuk kitaran pendidikan untuk ahli dan juga masyarakat luar, PAS telah mewujudkan ruang untuk anak-anak ahlinya serta masyarakat untuk menimba ilmu daripada institusi pendidikan yang diwujudkan bermula daripada PASTI sehingga kepada Kolej Universiti. PAS menjalankan usahanya secara berterusan untuk membina, menggerak dan menjalankan programnya dalam bidang pendidikan.


PAS juga meletakkan tanggungjawab parti itu dalam bidang pendidikan dan diberikan penegasan dalam setiap kali muktamar tahunan parti tersebut. Keterlibatan mereka dalam bidang pendidikan dilihat sebagai tuntutan fardhu Kifayah, bagi memenuhi tuntutan agama Islam. Apatah lagi parti itu merasakan bahawa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan tidak mencukupi untuk membentuk masyarakat dan generasi muda yang memahami Islam secara komprehensif. Sekurangnya melalui institusi pendidikan yang ditawarkan oleh PAS dapat membuka luas pendemokrasian pendidikan di Negara kita.

sekian,
Asri Yussof (asriyussof013@gmail.com)

Monday 9 December 2013

Kunjungan Wartawan Muda ke DBP & Sinar Harian


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur di Kota Bharu & Karangkraf (Sinar Harian) di Pengkalan Chepa menerima kunjungan Kelab Wartawan Muda dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada 9 Disember yang lalu. Lawatan tersebut dikunjungi seramai 38 orang wartawan termasuk penasihat kelab, Puan Rosnani binti Ripin. Lawatan memulakan kunjungan ke DBP.
            
Melihat sosok tubuh pengarah DBP, En. Azmi bin Ibrahim sudah berdiri menunggu kunjungan kami, begitu terharu dan pihak Wartawan Muda KIAS merasakan begitu dihargai atas kunjungan ini. DBP merupakan sebuah badan agensi kerajaan yang mengembangkan bahasa dan pewarisan ilmu kepada rakyat Malaysia. DBP ditubuhkan pada 1956, manakala DBP Wilayah Timur ditubuhkan pada tahun 1999 dan dirasmikan pada tahun 2000.  Pembinaan Negara bangsa melalui Bahasa Melayu dan tidak mengetepikan bahasa lain menjadi falsafah yang dipegang untuk menggerakkan DBP sehingga ke hari ini. Visi DBP, Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia. Melihat kepada visi ini, perjuangan DBP harus dipuji. Jika dulu Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franka, maka molek kiranya DBP menjadi badan untuk mencapai hasrat menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dunia. Memartabatkan bahasa melayu dan bahasa jiwa bangsa menjadi misi dan motto DBP.
      
Hadiah kenang-kenangan




Selesai kunjungan di Dewan Bahasa dan Pustaka, perjalanan 37 wartawan diteruskan ke Karangkraf (Sinar Harian) di pusat perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Di sini, kami sempat berkongsi idea dan mendengar taklimat di bilik mesyuarat sebelum dibawa ke kilang percetakan akhbar Sinar Harian. Sinar Harian dicetuskan oleh CEO Pengarah Urusan karangkraf, Dato’ Hishamudin dan akhbar Sinar Harian memulakan jualan dan promosi di negeri Kelantan pada 31 Julai 2006. Kilang percetakan dan pengurusan akhar Sinar Harian di kelantan siap diusahakan pada Februari 2006. Tema awal yang digunakan untuk mempromosikan akhbar sinar harian ialah "akhbar untuk orang pantai timur" dengan harga permulaan RM 0.50.
          
Bermula pada tahun 2008, Sinar Harian melebarkan sayapnya ke Terengganu, kemudian pusat percetakan di Pengkalan Chepa dijadikan pusat percetakan untuk akhbar yang akan dibawa ke seluruh Kelantan dan Terengganu. Karangkraf juga bukan sekadar syarikat penerbitan dan percetakan semata, tetapi karangkraf telah mengorak langkah dengan menghulurkan biasiswa kepada pelajar IPT yang layak dengan syarat pendapatan ibu bapa/penjaga mereka mempunyai gaji RM 5000 ke bawah. Selesai taklimat dan perkongsian idea bersama wartawan muda KIAS, kami dibawa ke kilang percetakan akhbar Sinar Harian. 

Asyik mendengar taklimat di kilang percetakan





sekian,
Asri Yussof (asriyussof013@gmail.com)

Saturday 19 October 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013


Baru-baru ini,bertempat di Dewan Jubli Perak,Kota Bharu,telah berlansungnya Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat negeri Kelantan pada tarikh 13 Oktober 2013 (Ahad) bersamaan dengan 8 Zulhijah 1434H.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan kata aluan penuh azimat daripada YBhg.En Rusli bin Abdul Ghani iaitu Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera,Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meneroka pengisian yang berlansung dalam majlis ini sekitar 4 jam,menyelitkan pelbagai agenda yang telah berjaya menarik minat anak-anak muda khususnya para penuntut (ipts/ipta) serta pelajar-pelajar sekolah menengah.

Tatkala mula melangkah kaki ke Dewan Jubli Perak,mata segera ‘menangkap’ pada suasana di dalam dewan yang mulai sesak dengan kehadiran orang ramai lingkunan jam 9.30 pagi.Seperti yang dimaklumkan majlis ini akan bermula pada pukul 10.00 pagi tepat,namun demikian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan majlis ini berlansung lewat 30 minit kemudian.Turut hadir Menteri Besar Kelantan,yakni YAB Ustaz Dato’Haji Ahmad bin Yaakob untuk merasmikan majlis tersebut di samping,beberapa orang dif-dif jemputan lain yang turut sama diundang.

Dianggarkan para penonton yang hadir kira-kira 500 orang lebih memenuhi kerusi-kerusi dalam Dewan Jubli Perak.Kebanyakkan daripada mereka yang hadir adalah para pelajar,orang awam,pensyarah di beberapa ipt,guru-guru serta kakitangan dalam kerajaan.Para media dari segenap majalah,akhbar mahupun stesen tv turut hadir bagi mencari input-input dalam bahan berita yang bakal mereka paparkan.

Gambar di atas menunjukkan ucapan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr.Victor Pogadew, merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Asia dan Eropah,Uneversiti Malaya. Intipati ucapannya lebih menfokuskan tentang sejarah bahasa yang telah diiktiraf berkurun lamanya. Agak menarik tatkala beliau bercakap di dalam bahasa melayu yang fasih, meskipun ada juga kedengaran bunyi ala-ala Rusianya. Amat membanggakan apabila beliau mengatakan bahawa dalam kesibukkannya sebagai pensyarah,beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Bahasa Moden (Malaysia).

Seterusnya,acara kemuncak dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa iaitu penyampaian hadiah bagi Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Timur serta Anugerah Hadiah Suar Bahasa Peringkat Wilayah Timur 2013.Diiringi dengan penyampaian cenderamata kepada para pemenang dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menutup tirai majlis ini diakhiri dengan lafaz ikrar dan seterusnya penyerahan Skrol Ikrar oleh: ketua pembaca ikrar kepada Menteri Besar Kelantan.

Sebuah kendi warna kencana,
Di atas kain kesumba murup,
Sepintar budi kami terima,
Menjadi kenangan seumur hidup.

Wednesday 2 October 2013

MASALAH PENGURUSAN, PEMBAHAGIAN PTPTN TERBANTUT

Nilam puri – Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) telah menganjurkan program ‘Dialog PTPTN’ bersama Pegawai Kewangan KIAS (bahagian pengurusan PTPTN) untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan pelajar yang lambat memperoleh duit pimjaman PTPTN bagi sesi pengajian Jun 2013.

            Masalah utama kenapa pembayaran menjadi lambat, adalah kerana sistem pengurusan KIAS yang masih lagi menggunakan sistem manual dengan mengekalkan seorang sahaja pegawai kewangan, sepatutnya pegawai kewangan untuk menguruskan PTPTN perlu ditambah sekurang-kurangnya menjadi dua orang pegawai. Lagi kata En. Fida (bekas pegawai kewangan bahagian pengurusan PTPTN), berlaku juga masalah di pihak pengurusan pejabat PTPTN Negeri Kelantan dalam menyenaraikan nama-nama pelajar yang memohon pinjaman, dan pernah berlaku sistem menjadi ‘hang’ menyebabkan terdapat beratus nama pelajar yang tidak disenaraikan yang menjadikan pembahagian duit pinjaman sedikit lambat.

            KIAS akan membeli sistem pengurusan atas talian (online) yang lebih tersusun dengan Kolej Universiti Insaniah, dan jika sistem ini digunakan di KIAS, maka susunan penerimaan nama-nama pemimjam akan lebih mudah dan cepat untuk diuruskan kerana nama-nama tidak perlu ditaip secara manual oleh pegawai yang terlibat kerana nama-nama pemimjam akan terus dimasukkan melalui sistem pada hari pendaftaran pelajar secara ‘online’.

            Tambah En. Fiada lagi, Pembahagian duit pinjaman kepada pelajar juga mengikut jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak PTPTN. Berikut merupakan jadual pembahagian duit pinjaman kepada pelajar yang sempat dirakam oleh wartawan.


            Pegawai kewangan bahagian PTPTN, En. Al-Amin, katanya telah pergi bersama-sama wakil PMKIAS ke pejabat kewangan untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belum mendapatkan duit pinjaman. Katanya, pinjaman akan dibahagi ke akaun pelajar paling awal sebelum  sambutan Hari Raya Aidiladha atau paling lewat yang boleh beliau jangkakan ialah selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

            Salah seorang pelajar yang bersama-sama di dalam program dialog tersebut telah mencadangkan agar dialog seperti ini kerap diadakan untuk memudahkan urusan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar daripada pihak pengurusan, namun pegawai kewangan (En. Fida) menyangkal cadangan tersebut dengan menegaskan kewangan akan terus menyebarkan maklumat perihal kewangan melalui memo yang ditampal di papan kenyataan bahagian kewangan. Mahasiswa yang sepatutnya lebih mengambil perhatian dengan memo yang ditampal dan jika ada sebarang pertanyaan, pelajar dialu-alukan ke pejabat bahagian kewangan untuk bertanya.

Melalui Naib Presiden PMKIAS, Anas Malik, Majlis Syura PMKIAS sudah bermesyuarat beberapa kali untuk menyelesaikan isu yang timbul ini, antara resolusi yang dicapai ialah wakil PMKIAS bersama pihak kewangan telah pergi ke pejabat PTPTN bersebelahan dengan Habib Hotel Kota Bharu untuk bertanya perihal masalah di pihak PTPTN yang menjadikan pembahagian pinjaman begitu lambat kepada sebahagian besar pelajar. Tambah beliau lagi, Presiden, Khairul Amin, yang banyak pergi sendiri ke pejabat kewangan untuk terus bertanyakan mengenai pembahagian pinjaman dan urusan-urusan kewangan lain untuk mahasiswa KIAS.

Cadangan daripada pelajar, Ahmad Iqram mohd Noor (Dip. Usuluddin) ingin menyerahkan video rakaman kepada pihak PTPTN dan mengadakan dialog bersama PTPTN agar perbincangan mengenai isu ini tidak hanya berbincang disebelah pihak sahaja. Bagi pihak wartawan, cadangan oleh Iqram tersebut perlu diambil serius oleh pihak PMKIAS agar cadangan tersebut dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Menyentuh beberapa isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pelajar KIAS di laman sosial facebook, dengan menuduh KIAS menggunakan duit pinjaman perbelanjaan pelajar sebagai modal dan aset untuk membangunkan bangunan kuliah baru, membeli bas baru dan menaik taraf struktur kawasan KIAS. En. Al-Amin dengan tegasnya meyangkal dakwaan ini, kata beliau pembangunan bangunan kuliah baru di bahagian tepi asrama perempuan (asrama khadijah) ditaja oleh Yayasan YAKIN dan bas baru KIAS dibeli secara pinjaman dengan pembayaran balik tiap-tiap bulan sebanyak RM 2000 tanpa menggunakan sedikitpun wang pinjaman yang diperolehi oleh pelajar.

Monday 26 August 2013

SIMPOSIUM UTAM

          
  Universiti Terbuka Anak Muda, dengan singkatannya UTAM telah menganjurkan program SIMPOSIUM UTAM pada 25 Ogos 2013. Berikut merupakan tentatif ringkas perjalanan program ini:

8.00 Pagi: Pendaftaran Program
9.15 Pagi: Ucapan Perasmian YB Khairy Jamaluddin
10.00 Pagi: Ucaptama, oleh Prof Zainy Uthman: Pemikiran dan Pembudayaan Tamadun
11.00 Pagi: Pembentangan 1, oleh Fathi Aris Omar: Demokrasi, Islam dan Melayu
12.00 Tengahari: Pembentangan 2, oleh Dr. Alinor: Pendidikan Kritis dan Kreatif Berteraskan Kebudayaan Sendiri
3.00 Petang: Forum Politik, oleh Dr. Tajuddin Rasdi, YB Chin Tong, Wan Saiful Wan Ja: Intelektual Awam dan Politik-Merentas Semangat Partisan
6.00 Petang: Tamat
           
            YB Khairy Jamaluddin dalam ucapannya menyebut, beliau sangat tertarik dengan UTAM dalam beberapa perkara:

1.      Kerana UTAM merupakan inisiatif anak muda untuk anak muda, terutama dalam soal berdikari daripada apa-apa kebergantungan pada mana-mana pihak

2.      Platform terbaik untuk usaha menanam intelek pada wacana di Malaysia, ianya memberi roh kepada pembangunan masyarakat dari segi pembangunan spiritual dan intelektual kerana dua jenis pembangunan ini sangat penting kepada masyarakat.

Lagi kata beliau, usaha UTAM ini dapat diteruskan dan menjemput lebih ramai lagi mahasiswa membina intelektual. Beliau juga berkongsi pernah membuka halaman facebook UTAM dan melihat ada pelbagai komen anak muda dalam perlbagai aspek, terutama beliau tertarik ada juga komen-komen anak muda yang kritis dalam memberikan pandangan dan kritikan kepada kerajaan. 
Sambungnya lagi, komen anak muda seperti ini merupakan suatu asas menumbuhkan intelektual.

Beliau juga menyentuh pada aspek ideologi dan prinsip yang dipegang anak muda. Anak muda harus mempunyai idealisme yang sendiri jika berminat untuk aktif di kancah politik. 

Katanya lagi, sekarang blok parti-parti politik di Malaysia telah memulakan semangat politik baru yang merentasi sempadan politik. Tetapi politik baru ini belum menguasai sepenuhnya pada kesemua ahli di dalam parti. Politik baru hanya diketengahkan oleh segelintir individu sahaja. 

Dia memberi contoh dirinya sendiri dan YB Dato Saifudin Abdullah merupakan individu yang lantang memperjuangkan idea pemikiran ‘Politik Baru’.

Baliau ada menyentuh peranan politik baru di Malaysia:

1.      Politik Baru merupakan suatu gagasan yang harus mencabar budaya ketaksuban dalam blok-blok parti masing-masing. Budaya ketaksuban meruapakan perkara paling bahaya --- dengan taksub mata kita ditutup dengan kebenaran jika kebenaran itu datang dari pihak lawan --- taksub datang kerana cara pentarbiahan dan perkaderan pada awal tarbiah kepada ahli baru – budaya taksub perlu ditolak dalam arena politi.
2.      Budaya percambahan intelek perlu dilaksanakan, kita perlu ke hadapan mengikut keadaan semasa. Contohnya: Isu Syiah, kita perlu memahami isu ini secara intelek sebelum ditangkap dan kondem --- untuk melahirkan masyarakat yang matang parlu ada ruang perdebatan dan diskusi.
3.      Politik baru perlu berpandukan kepada prinsip apakah yang hendak dibawa, bila berpandukan prinsip kita perlu konsisten kepada prinsip yang dibawa.

Tambah beliau lagi, beliau akan mempertahankan kerusi Ketua Pemuda UMNO pada persidangan agong UMNO tidak lama lagi. Lagi katanya; “Saya seorang Menteri Belia dan Sukan Malaysia bukan Menteri Belia dan Sukan untuk UMNO.”


Beliau ada berbincang bersama Dato’ Saifudin Abdullah untuk menanam pemikiran politik baru dalam UMNO. Kita perlu terbuka dari sejarah parti yang memenjarakan politik dan kebudayaan ilmu UTAM patut diteruskan secara Non-Partisme untuk mencari kebenaran dalam sesuatu isu yang diketangahkan.

Friday 16 August 2013

MUNAJAT 100K BERTUKAR KE PADANG MERBOK

Sumber: http://bm.harakahdaily.net

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Himpunan Munajat 100K esok bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman kudeta Mesir terhadap rakyatnya bertukar tempat ke Padang Merbok.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pertukaran tempat itu berlaku selepas pihaknya berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan polis Kuala Lumpur pagi tadi.

Himpunan anjuran DPPM bersama parti-parti politik serta badan bukan kerajan (NGO) ini pada asalnya dicadangkan diadakan di Dataran Merdeka.

"Perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak polis Kuala Lumpur tadi bersetuju himpunan esok diadakan di Padang Merbok dan akan mendapat kerjasama penuh daripada polis dan DBKL," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau juga, satu lagi perbincangan akan diadakan dengan pihak polis Dang Wangi petang ini bagi membincangkan pergerakan peserta himpunan esok.

"Kami akan berbincang dengan polis Dang Wangi bagi kelancaran perjalanan program esok," katanya lagi.

Himpunan itu akan diadakan bermula jam 4 petang hingga 9 malam.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin dijangka memimpin munajat ini.

Sehubungan itu, penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk sama hadir memohon doa kepada Allah SWT agar menyelamatkan rakyat Mesir dari tindakan zalim pemerintah pimpinan tentera yang telah merampas kuasa.

RIBUAN RAKYAT KELANTAN HADIR MUNAJAT UNTUK MESIR

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/


KOTA BHARU: Sejak Maghrib lagi selepas mendapat info program malam tadi melalui media baru ribuan anak muda hadir. Program berkenaan dirancang secara mengejut Pemuda PAS Kelantan berikutan tentera Mesir bermaharajalela membunuh ribuan penyokong Dr Muhamad Morsi.

Ribuan penduduk Kelantan terutamanya anak-anak muda menyertai solat hajat, munajat dan membaca qunut nazilah sebagai simpati mereka terhadap nasib umat Islam di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir sekarang.

Solat hajat dan munajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Barisan Pimpinan Kelantan yang hadir

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Selain itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Presiden Alumni Keluarga Pelajar Kelantan Mesir, Ustaz Zulkifli Mat Yusoff dan Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Ustaz Abdul Malek Abdul Karim.

Program terbabit diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhamamd Ke IV.

Abdul Malek yang baru pulang dari Mesir berkata, beliau cukup kagum melihat kehadiran jutaan penyokong Dr Morsi termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) membantah rampasan kuasa dilakukan tentera.

Katanya,  biar pun rakyat berhimpun secara aman namun tentera menggempurkan mereka menggunakan kereta perisai, jentolak dan peluru hidup sehingga 5,000 menjadi korban dan 10,000 lagi cedera dalam masa sehari.

“Lebih tragik lagi apabila rakyat yang cedera dirawat di hospital didatangi polis dan terus ditembak sehingga pecah jantung mereka. Malah keluarga yang datang menuntut mayat anggota keluarga mereka juga ditembak.

“Tentera dan polis juga membakar hospital dan masjid sehingga ramai lagi menjadi korban,” katanya pada program berkenaan.

Malah dakwa beliau menteri kerajaan kudeta mengumpah militia yang dianggar berjumlah 500,000 orang di Mesir membunuh penyokong Dr Morsi dengan bayaran yang mahal.

Menurutnya tindakan zalim lebih daripada apa  yang berlaku di Syria semata-mata bagi melumpuh sepenuhnya gerakan Ikhwan Muslimin.

KEMARAHAN JUMAAT DI MESIR

Sumber: https://www.facebook.com/prihatinmesir

Ribuan Rakyat Mesir di Iskandaariah menuju ke Masjid Qaid Ibrahim bagi membantaha tindakan tentera merampas kuasa dan menyuraikan himpunan dengan cara kekerasan






Wednesday 7 August 2013

MERCU TANDA RAMADAN 2013

Wartawan: Asri Yussof, Nik Aziz Afiq, Huzaifah Harun
Gambar: Amirul Mujahidin (PMKIAS)

Nilampuri, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilampuri menganjurkan program wacana yang diberi nama ’Mercu Tanda Ramadan’ bersama Tuan Guru Dato’ Betara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Program ini diadakan pada 29 Jun 2013 (Isnin) bersamaan 20 Ramadan 1434. 

Pada pukul 11.00 pagi, para pelajar muslimat telah memenuhi kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur di dewan YIK manakala kerusi pelajar muslimin masih lagi banyak kerusi yang kosong pada pembukaan acara.


Program dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran secara 3 jenis Qiraat yang dialunkan oleh 3 orang pelajar dari Diploma Qiraat dan Tarannum. Selesai persembahan al-Quran, diteruskan pula ke persembahan sajak, syair, pantomin dan Nasyid. Semua persembahan ini cukup menarik minat para peserta untuk terus berduyung-duyung memenuhi dewan. Kelihatan limpahan pelajar memenuhi dewan, terutama pelajar muslimat yang sejak sekian lama minat menuntut ilmu lebih dari para lelaki. Seperti pena bersama kertas yang tidak dapat dipisahkan.
Tepat 12 tengahari, ketibaan tetamu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, iaitu Tuan Guru. Langkah perlahan Tuan Guru diringi oleh langkah Ketua Eksekutif KIAS, Prof Dr. Abdul Aziz bersama TKE Akademik Dr. Idris Awang dan TKE HEP Dr. Azhar bin Abdullah.