Saturday 19 October 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013


Baru-baru ini,bertempat di Dewan Jubli Perak,Kota Bharu,telah berlansungnya Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat negeri Kelantan pada tarikh 13 Oktober 2013 (Ahad) bersamaan dengan 8 Zulhijah 1434H.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan kata aluan penuh azimat daripada YBhg.En Rusli bin Abdul Ghani iaitu Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera,Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meneroka pengisian yang berlansung dalam majlis ini sekitar 4 jam,menyelitkan pelbagai agenda yang telah berjaya menarik minat anak-anak muda khususnya para penuntut (ipts/ipta) serta pelajar-pelajar sekolah menengah.

Tatkala mula melangkah kaki ke Dewan Jubli Perak,mata segera ‘menangkap’ pada suasana di dalam dewan yang mulai sesak dengan kehadiran orang ramai lingkunan jam 9.30 pagi.Seperti yang dimaklumkan majlis ini akan bermula pada pukul 10.00 pagi tepat,namun demikian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan majlis ini berlansung lewat 30 minit kemudian.Turut hadir Menteri Besar Kelantan,yakni YAB Ustaz Dato’Haji Ahmad bin Yaakob untuk merasmikan majlis tersebut di samping,beberapa orang dif-dif jemputan lain yang turut sama diundang.

Dianggarkan para penonton yang hadir kira-kira 500 orang lebih memenuhi kerusi-kerusi dalam Dewan Jubli Perak.Kebanyakkan daripada mereka yang hadir adalah para pelajar,orang awam,pensyarah di beberapa ipt,guru-guru serta kakitangan dalam kerajaan.Para media dari segenap majalah,akhbar mahupun stesen tv turut hadir bagi mencari input-input dalam bahan berita yang bakal mereka paparkan.

Gambar di atas menunjukkan ucapan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr.Victor Pogadew, merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Asia dan Eropah,Uneversiti Malaya. Intipati ucapannya lebih menfokuskan tentang sejarah bahasa yang telah diiktiraf berkurun lamanya. Agak menarik tatkala beliau bercakap di dalam bahasa melayu yang fasih, meskipun ada juga kedengaran bunyi ala-ala Rusianya. Amat membanggakan apabila beliau mengatakan bahawa dalam kesibukkannya sebagai pensyarah,beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Bahasa Moden (Malaysia).

Seterusnya,acara kemuncak dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa iaitu penyampaian hadiah bagi Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Timur serta Anugerah Hadiah Suar Bahasa Peringkat Wilayah Timur 2013.Diiringi dengan penyampaian cenderamata kepada para pemenang dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menutup tirai majlis ini diakhiri dengan lafaz ikrar dan seterusnya penyerahan Skrol Ikrar oleh: ketua pembaca ikrar kepada Menteri Besar Kelantan.

Sebuah kendi warna kencana,
Di atas kain kesumba murup,
Sepintar budi kami terima,
Menjadi kenangan seumur hidup.

No comments:

Post a Comment