Universiti Terbuka Anak Muda, dengan singkatannya UTAM telah menganjurkan program SIMPOSIUM UTAM pada 25 Ogos 2013. Berikut merupakan tentatif ringkas perjalanan program ini:
8.00 Pagi: Pendaftaran Program
9.15 Pagi: Ucapan Perasmian YB
Khairy Jamaluddin
10.00 Pagi: Ucaptama, oleh Prof
Zainy Uthman: Pemikiran dan Pembudayaan Tamadun
11.00 Pagi: Pembentangan 1, oleh
Fathi Aris Omar: Demokrasi, Islam dan Melayu
12.00 Tengahari: Pembentangan 2,
oleh Dr. Alinor: Pendidikan Kritis dan Kreatif Berteraskan Kebudayaan Sendiri
3.00 Petang: Forum Politik, oleh Dr.
Tajuddin Rasdi, YB Chin Tong, Wan Saiful Wan Ja: Intelektual Awam dan
Politik-Merentas Semangat Partisan
6.00 Petang: Tamat
YB
Khairy Jamaluddin dalam ucapannya menyebut, beliau sangat tertarik dengan UTAM
dalam beberapa perkara:
1.
Kerana
UTAM merupakan inisiatif anak muda untuk anak muda, terutama dalam soal
berdikari daripada apa-apa kebergantungan pada mana-mana pihak
2.
Platform
terbaik untuk usaha menanam intelek pada wacana di Malaysia, ianya memberi roh
kepada pembangunan masyarakat dari segi pembangunan spiritual dan intelektual
kerana dua jenis pembangunan ini sangat penting kepada masyarakat.
Lagi kata beliau, usaha UTAM ini
dapat diteruskan dan menjemput lebih ramai lagi mahasiswa membina intelektual.
Beliau juga berkongsi pernah membuka halaman facebook UTAM dan melihat ada
pelbagai komen anak muda dalam perlbagai aspek, terutama beliau tertarik ada
juga komen-komen anak muda yang kritis dalam memberikan pandangan dan kritikan
kepada kerajaan.
Sambungnya lagi, komen anak muda seperti ini merupakan suatu
asas menumbuhkan intelektual.
Beliau juga menyentuh pada aspek
ideologi dan prinsip yang dipegang anak muda. Anak muda harus mempunyai
idealisme yang sendiri jika berminat untuk aktif di kancah politik.
Katanya
lagi, sekarang blok parti-parti politik di Malaysia telah memulakan semangat
politik baru yang merentasi sempadan politik. Tetapi politik baru ini belum
menguasai sepenuhnya pada kesemua ahli di dalam parti. Politik baru hanya
diketengahkan oleh segelintir individu sahaja.
Dia memberi contoh dirinya
sendiri dan YB Dato Saifudin Abdullah merupakan individu yang lantang
memperjuangkan idea pemikiran ‘Politik Baru’.
Baliau ada menyentuh peranan politik
baru di Malaysia:
1.
Politik
Baru merupakan suatu gagasan yang harus mencabar budaya ketaksuban dalam
blok-blok parti masing-masing. Budaya ketaksuban meruapakan perkara paling
bahaya --- dengan taksub mata kita ditutup dengan kebenaran jika kebenaran itu
datang dari pihak lawan --- taksub datang kerana cara pentarbiahan dan
perkaderan pada awal tarbiah kepada ahli baru – budaya taksub perlu ditolak
dalam arena politi.
2.
Budaya
percambahan intelek perlu dilaksanakan, kita perlu ke hadapan mengikut keadaan
semasa. Contohnya: Isu Syiah, kita perlu memahami isu ini secara intelek
sebelum ditangkap dan kondem --- untuk melahirkan masyarakat yang matang parlu
ada ruang perdebatan dan diskusi.
3.
Politik
baru perlu berpandukan kepada prinsip apakah yang hendak dibawa, bila
berpandukan prinsip kita perlu konsisten kepada prinsip yang dibawa.
Tambah beliau lagi, beliau akan
mempertahankan kerusi Ketua Pemuda UMNO pada persidangan agong UMNO tidak lama
lagi. Lagi katanya; “Saya seorang Menteri Belia dan Sukan Malaysia bukan
Menteri Belia dan Sukan untuk UMNO.”
No comments:
Post a Comment