Oleh: Asri Yussof
Alhamdulillah,
pada 30 Mac 2014 sehingga 2 april 2014 yang lalu, Kelab Wartawan Muda telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Beberapa tempat telah kami
lawati sebagai satu projek pembelajaran untuk mahasiswa/wi yang berminat dalam
dunia kewartawanan dan penulisan. Walaupun nama kelab diletakkan dengan nama
‘Kelab Wartawan Muda’ tapi fokus kelab ini adalah dalam bidang penulisan dan
kewartawanan. Antara tempat yang kami sempat berkunjung:
1. Fakulti
Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Lembah Pantai
2. Galeri Ilmu
Media Group Sdn. Bhd, Damansara
3. Fakulti
Bahasa & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang
4. Karangkraf
Media Group, Shah Alam
5. Angkasapuri
Radio Televisyen Malaysia (RTM)
6. Muzium Alam
Semula Jadi, Putrajaya
Banyak
perkara dan pengalaman yang didapati daripada perjalanan lawatan ini. Semasa
berkunjung ke Universiti Malaya, kami melihat pelajar-pelajar memenuhi
ruang-ruang yang disediakan untuk pelajar mengadakan perbincangan dan ulangkaji
pelajaran. Ini suatu suasana yang tidak pernah saya lihat. Suasana pembelajaran
di sini wujud. Mahasiswa/wi bijak menggunakan masa dan ruang yang disediakan
pihak fakulti. Untuk malayakkan diri untuk masuk ke Universiti Malaya, ianya
bukan mudah. Banyak saingan dan hanya beberapa kekosongan yang dibuka untuk
pengambilan pelajar baru.
|
Sesi Taklimat ringkas di Fakulti Sastera & Sains Sosial |
|
Penyerahan Cenderahati |
Kami
menjengah pula ke ibu pejabat, Galeri Ilmu Media Group. Di sini, saya belajar
sesuatu. Bila saya bertanya bagaimana pihak Galeri Ilmu mengurus saingan dalam
bidang yang sama? Pihak Galeri Ilmu terus menjawab, kami tidak bersaing tetapi
kami saling lengkap melengkapi. Saya kira ini jawapan yang sangat mantap.
Mereka tidak memikirkan persaingan sebagai keutamaan tetapi menjadikan Galeri
Ilmu sebuah syarikat yang melengkapi bersama dengan syarikat-syarikat lain yang
menawarkan perkhidmatan yang sama. Saya juga tertarik untuk bertanya, kenapa
Galeri Ilmu mengguna lambing kompas sebagai logo utama? Pihaknya menjawab, ini
kerana pada permulaan penubuhan Galeri Ilmu, pihaknya masih mencari-cari arah
dan hala tuju, maka dengan hasrat mencari yang jitu maka digunakan simbolik
kompas untuk mencari arah karier.
Selesai
hari pertama dengan berkunjung ke UM dan Galeri Ilmu. Pada hari kedua, lawatan
kami diteruskan ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPM dan Karangkraf di Shah
Alam. Apa yang menarik perhatian saya kepada UPM, sebelum lawatan ini, saya ada
membuat sedikit pemerhatian terhadap fakulti ini di laman web rasmi mereka dan
saya sungguh terkejut yang UPM mempunyai studio Radio sendiri dan mempunyai
frekuensi sendiri untuk bersiaran. Mereka manamakan stesen radio UPM dengan
nama, Putra.fm. mereka melantik staf khas untuk menjaga konti dan beberapa
daripada pelajar untuk menjadi dj radio. Di stesen radio itu juga, para pelajar
dapat membuat latihan industri (praktikal) dan ini tidak akan menyusahkan
pelajar lagi mencari tempat lain untuk melaksanakan latihan industri pada akhir
pengajian. Saya sempat berkunjung ke Putra.fm bersama kawan-kawan yang lain,
semua kelengkapan teknikal ada di situ. Pihak fakulti memaklumkan, belanjawan
untuk menyediakan studio radio tersebut sebanyak 12 Juta.
|
Ramah Mesra di Fakulti Bahasa & Komunikasi |
|
Taklimat di Studio Radio Putrafm |
Tamat
dari UPM, kami terus bergegas bertolak ke Shah Alam untuk mengejar masa agar
kami sempat memulakan lawatan pada pukul 2.30 petang. Begitulah masa yang telah
dijadualkan kepada pihak kami. Kerangkraf begitu sudi menerima lawatan kami.
Mereka telah menghantar tentatif lawatan kami sepanjang di karangkraf, dua
minggu sebelum kami bertolak ke kuala lumpur lagi. Karangkraf merupakan sebuah
syarikat penerbitan yang antara terbesar di Malaysia. Mereka menerbit sebanyak
25 jenis majalah, buku-buku pelbagai genre dan mempunyai syarikat percetakan
iaitu Ultimate Printing dan studio fotografi dengan keluasan boleh memuatkan
dua buah trak. Kami memulakan di bahagian editor dan wartawan, kemudian ke
bahagian grafik. Saya sungguh terpana melihat cara kerja mereka. Dalam hati
saya seolah-olah mumujuk untuk memohon kerja di sini untuk mengambil pengalaman
sebanyak mungkin di sini.
|
di Lobi Karangkraf |
|
Bergambar bersama CEO, Dato' (Dr.) Hussamuddin |
Di
bahagian reka grafik, saya dapat melihat semua bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja
pengeditan yang akan diterbitkan untuk dua ke tiga bulan hadapan. Yang paling
menarik, kerangkraf akan menerbitkan majalah-majalah bulanan mereka bukan pada
awal bulan. Tetapi pada 15hb. Maksudnya, majalah bulan April diterbitkan dan
siap diedarkan pada 15hb Mac. Begitulah cara karangkraf merebut pelanggan dan
mengurus persaingan.
|
Taklimat di Bahagian Garafik |
Hari
terakhit. 2 April, kami memulakan lawatan ke Angkasapuri RTM. Sepanjang lawatan
kami, kami dibawa oleh dua staf yang membahasa dirinya sebagai Ummi dan Alif.
Kami dibawa melawat ke Studio 1, pada waktu itu, kru-kru sedang sibuk
menyiapkan set pentas program ‘Dialog’ yang akan bersiaran secara langsung pada
malam itu. Studio 1 merupakan studio yang paling luas dan boleh memuatkan
penonton seramai 200 orang. Ianya merupakan set studio yang tidak kekal.
Maksudnya banyak pengambaran rancangan dilakukan di situ. Setiap kali
pengambaran akan diadakan disitu, setiap kali itulah set-set pentas akan
dialihkan. Kemudian kami ke studio 2. Studio ini menempatkan set rancangan
Selamat Pagi 1 Malaysia yang bersiaran setiap hari pada awal pagi, bermula 7.45
pagi hingga 9.30 pagi dan rancangan Hello On Two (HOT) yang bersiaran setiap
isnin hingga khamis bermula pukul 12 tengahari hingga 1 petang.
|
di Studio 1 |
|
di Studio 2, Set Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia |
Kami
dibawa pula ke studio 3,4 dan 5. Ketiga-tiga studio ini kami hanya dapat
melihat dari luar, kerana pada waktu tersebut diadakan siaran langsung untuk
Berita Terkini mengenai MH370. Studio ini merupakan studio automatik dan keluasannya
yang tidak terlalu luas. Kamera yang digunakan tidak memerlukan kru, ianya
boleh dikawal melalui komputer dan pentasnya hanya dengan skrin hijau. Selesai
melawai Wisma TV, kami dibawa ke Auditorium Perdana, Auditorium P. Ramlee dan
Wisma Radio. Kesemua radio-radio dibawah kelolaan RTM dapat kami kunjungi.
Bermula dengan Klasikfm, Nasionalfm, Asyikfm, Selangorfm dan banyak lagi. Selesai lawatan kami di RTM,
kami sempat bergambar berlatar belakangkan bangunan RTM dan sesi penyerahan
cenderahati.
Kemudian,
kami bertolak balik semula ke penginapan di Institut Perguruan (IPG) Kampus
Bahasa Melayu untuk mengemas bilik dan barang-barang sebelum bertolak pulang
dan menuju ke tempat terakhir di Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya.
Kami
disambut baik oleh staf Muzium dan terus dibawa melawat secara pantas kerana
kami bergegas untuk pulang. Di Muzium ini ianya tidak menempatkan kesemua
haiwan-haiwan dan tumbuhan, namun ianya hanyalah sekadar galeri dan hanya
beberapa haiwan hidup yang kecil sahaja ditempatkan. Bermula di tingkat bawah
yang menempatkan replika-replika asli yang bersaiz besar dan hampir pupus
seperti badak, tapir sehinggalah ke tingkat atas yang menempatkan serangga dan
katak.
Kami
tidak sempat berjalan hampir semua tempat di sekitar putrajaya, kerana kami
ingin bergegas pulang dan tidak ingin mengambil masa yang lama dengan terkandas
dalam kesesakan lalu lintas. Ini sahaja perkongsian pengalaman yang dapat
dikongsi bersama sebagai inspirasi untuk menjadi seorang wartawan dan penulis
yang lebih berkerja keras.