Sunday 22 December 2013

PENDIDIKAN: Kecemerlangan Tanpa Roh

Oleh: Asri Yussof

            Malaysia menghadapi krisis pendidikan yang mencemaskan. Sistem pendidikan pada hari ini terlalu mengejar kecemerlangan, kita hilang roh pendidikan, kita lebih banyak menguji daripada pendidikan (mendidik) dan kita hanya melahirkan manusia yang berpelajaran tapi tidak berpendidikan. Inilah permulaan ucaptama Dato’ Dr. Siddiq Fadzil di Konvensyen Pendidikan TFTN kali kedua yang diadakan semalam di TM Convention Centre. Anjuran Teach For The Needs (TFTN), sebuah organisasi bebas yang cuba membangunkan sistem pendidikan demi memanusiakan manusia.

Anas Alam Faizli mengiringi Dato' Dr. Sidiq Fadzil ke Pentas Utama

            Lagi kata beliau, sekolah (pusat pendidikan) pada hari ini mempunyai krisis kegagalan dalam memberikan kasih sayang. Sepatutnya pelajar yang dijana dari proses pendidikan mampu mencipta pekerjaan dan bukannya meminta pekerjaan. Jurang pendidikan menjadikan golongan miskin (kurang berada) tidak dapat menerima pendidikan secara menyeluruh. Adanya Golongan yang  miskin ini bukan kerana mereka miskin tetapi kerana mereka dimiskinkan oleh manusia yang menindas dan zalim.

            Menyentuh juga ucapan aluan dari Anas Alam Faizli, merangkap CEO TFTN, beliau memaklumkan indeks pendidikan dunia hari ini meletakkan Malaysia di tangga ke 98 dari 181 negara yang lain. Malang kata beliau, jika pendidikan hari ini hanya diberi maksud yang sempit untuk lulus peperiksaan semata-mata. Beliau menekankan agar Malaysia dapat mewujudkan pendidikan bersama. Mengakhiri ucapan aluan dan sekali gus merasmikan Konvensyen Pendidikan TFTN kali kedua, beliau meminta peserta untuk menjawab pada diri sendiri, apakah pendidikan hari ini perlu kepada reformasi, transformasi atau revolusi. “Baca, faham, fikir dan bertindak” itulah slogan akhir disampaikan dalam ucapan beliau.


“Apa guna jika ada 1000 Aristotle jika tidak berbuat apa-apa.”  Ali Shariati.


TFTN juga mencadangkan Mazhab Cinta dalam Pendidikan. Cinta mempunyai maksud yang begitu meluas, malah TFTN tidak mengambil Cinta itu pada sudut bercinta diantara lelaki dan wanita namun ianya lebih menekankan aspek kasih sayang diantara murabbi dan mad’u (pelajar dan anak murid).

Peserta Memenuhi Dewan Konvensyen

Kenapa Cinta? Ini disebabkan Malaysia merupakan sebuah Negara unik yang mempunyai kepelbagaian kaum, bangsa dan agama maka dengan cintalah segala kepelbagaian ini dapat bersama. Dengan mazhab cinta juga akan memberhentikan sistem pendidikan yang menekankan pelajar untuk bersaing (dengan meletakkan yang pandai di depan dan yang tidak pandai di belakang – dengan hanya melihat kepada status keputusan peperiksaan yang dijalankan). Hasil dan kesan jangka panjang yang bakal berlaku dari mazhab cinta ini, ianya akan mendidik anak-anak belajar kerana cintakan ilmu bukan kerana peperiksaan dan guru mengajar kerana cintakan anak murid bukan kerana gaji.

Tuesday 10 December 2013

PENDIDIKAN: Satu Lontaran Idea Dr. Riduan Mohamad Nor

Berkenaan falsafah pendidikan Negara, Dr. Riduan memberi pandangan dalam thesis beliau yang telah diterbitkan menjadi buku Sumbangan PAS dalam bidang Pendidikan di Malaysia, beliau berpendapat falsafah pendidikan akan memandu sesebuah orientasi dan pelaksanaan pendidikan seterusnya sebagai kayu ukur yang ingin dicapai dalam pendidikan sesebuah Negara. ianya seumpama tiang parameter atau halatuju sesebuah pendidikan yang ingin dicerapkan kepada para pelajar. Seluruh ruh dan jasad pendidikan Negara harus terarah kepada falsafah pendidikan yang telah dicitrakan.

Dr. Riduan dalam program Bedah Buku 'Cinta Sang Murabbi' di KIAS

Dalam temuramah bersama beliau baru-baru ini pada 4 disember 2013 selepas tamat program Bedah Buku Cinta Sang Murabbi  di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), kebetulannya, beliau menyatakan bahawa falsafah pendidikan Negara sememangnya gagal memanusiakan manusia kerana melihat kepada sistem yang terancang agar para pelajar tidak dapat memahami Islam secara syumul di pusat pendidikan Negara (sekolah atau IPT). Contoh yang dapat dilihat pada matapelajaran pengajian tamadun Islam yang dikurangkan jam kreditnya di universiti. jika kita lihat pada tahun 2005-2006, geran perkapita untuk sekolah agama rakyat ditarik. Termasuk akta pendidikan 1995, ini semua untuk mengawal sekolah-sekolah agama dan Institusi Pengajian Islam. Beliau sinis menyatakan, Ada ketidakjujuran telah berlaku dalam sistem akdemik supaya pelajar tidak memahami Islam secara sempurna dan ini bukan kebimbangan berdasarkan kepada mainan politik antara PAS dan UMNO semata-mata tetapi sebenarnya ia lebih jelas berdasarkan program penindoktrinisasi yg dibuat oleh kerajaan dan Biro Tata Negara dengan menakut-nakutkan guru untuk bercerita lebih di luar silibus.

Melalui hasil tulisan thesis beliau, terdapat dua pandangan mengenai falsafah dan teori pendidikan iaitu berorientasikan kemasyarakatan dan individu. Falsafah Pendidikan yang ingin diaplikasikan di dunia hari ini kebanyakannya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan mengenepikan keperluan individu. Falsafah Pendidikan Islam juga tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi konsep, kecuali faktor aqidah Islam, sumber ilmu dan matlamat ilmu sahaja. Pakar-pakar pendidikan Islam meletakkan falsafah pendidikan Islam sebagai satu usaha untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengamalan setiap individu manusia bagi membangunkan masyarakat dan Negara. Pokok pengkal pendidikan dalam Islam adalah berteraskan sumber wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itu pendidikan Islam bertujuan melahirkan hamba yang taat kepada Allah dengan matlamat mencapai kejayaan dunia dan akhirat.


Kata beliau lagi, Pelaksanaan kepada falsafah Negara mempunyai kekurangan, contohnya kepada falsafah pendidikan Islam – apabila jam kredit yang terlalu kecil (120 minit seminggu) ini akan mengakibatkan pelajar tidak dapat memahami tentang Islam yang syumul. Namun secara keseluruhannya beliau tidak menolak falsafah, cuma aplikasi untuk melaksanakan falsafan perlu diberi nilai tambah yang banyak.

Beliau juga bersetuju menyatakan, Universiti (IPT) pada hari ini seperti sebuah kilang penghasilan mahasiswa yang hanya mencari kelayakan akademik semata-mata dan ini tidak dapat memanusiakan manusia melalui apa yang kita harapkan daripada falsafah  pendidikan Islam. Jika perkara ini berlanjutan ia merupakan penyebab graduan pada hari ini yang masuk bekerja dalam sektor awam dan swasta, berkemungkinan besar akan berlaku pecah amanah, jenayah kolar putih, penyelewengan dan rasuah disebabkan oleh punca kegagalan pendidikan.

Memetik rumusan dari thesis beliau juga, untuk merialisasikan misi dan visi yang holistik dalam membentuk kitaran pendidikan untuk ahli dan juga masyarakat luar, PAS telah mewujudkan ruang untuk anak-anak ahlinya serta masyarakat untuk menimba ilmu daripada institusi pendidikan yang diwujudkan bermula daripada PASTI sehingga kepada Kolej Universiti. PAS menjalankan usahanya secara berterusan untuk membina, menggerak dan menjalankan programnya dalam bidang pendidikan.


PAS juga meletakkan tanggungjawab parti itu dalam bidang pendidikan dan diberikan penegasan dalam setiap kali muktamar tahunan parti tersebut. Keterlibatan mereka dalam bidang pendidikan dilihat sebagai tuntutan fardhu Kifayah, bagi memenuhi tuntutan agama Islam. Apatah lagi parti itu merasakan bahawa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan tidak mencukupi untuk membentuk masyarakat dan generasi muda yang memahami Islam secara komprehensif. Sekurangnya melalui institusi pendidikan yang ditawarkan oleh PAS dapat membuka luas pendemokrasian pendidikan di Negara kita.

sekian,
Asri Yussof (asriyussof013@gmail.com)

Monday 9 December 2013

Kunjungan Wartawan Muda ke DBP & Sinar Harian


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur di Kota Bharu & Karangkraf (Sinar Harian) di Pengkalan Chepa menerima kunjungan Kelab Wartawan Muda dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada 9 Disember yang lalu. Lawatan tersebut dikunjungi seramai 38 orang wartawan termasuk penasihat kelab, Puan Rosnani binti Ripin. Lawatan memulakan kunjungan ke DBP.
            
Melihat sosok tubuh pengarah DBP, En. Azmi bin Ibrahim sudah berdiri menunggu kunjungan kami, begitu terharu dan pihak Wartawan Muda KIAS merasakan begitu dihargai atas kunjungan ini. DBP merupakan sebuah badan agensi kerajaan yang mengembangkan bahasa dan pewarisan ilmu kepada rakyat Malaysia. DBP ditubuhkan pada 1956, manakala DBP Wilayah Timur ditubuhkan pada tahun 1999 dan dirasmikan pada tahun 2000.  Pembinaan Negara bangsa melalui Bahasa Melayu dan tidak mengetepikan bahasa lain menjadi falsafah yang dipegang untuk menggerakkan DBP sehingga ke hari ini. Visi DBP, Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia. Melihat kepada visi ini, perjuangan DBP harus dipuji. Jika dulu Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franka, maka molek kiranya DBP menjadi badan untuk mencapai hasrat menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dunia. Memartabatkan bahasa melayu dan bahasa jiwa bangsa menjadi misi dan motto DBP.
      
Hadiah kenang-kenangan




Selesai kunjungan di Dewan Bahasa dan Pustaka, perjalanan 37 wartawan diteruskan ke Karangkraf (Sinar Harian) di pusat perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Di sini, kami sempat berkongsi idea dan mendengar taklimat di bilik mesyuarat sebelum dibawa ke kilang percetakan akhbar Sinar Harian. Sinar Harian dicetuskan oleh CEO Pengarah Urusan karangkraf, Dato’ Hishamudin dan akhbar Sinar Harian memulakan jualan dan promosi di negeri Kelantan pada 31 Julai 2006. Kilang percetakan dan pengurusan akhar Sinar Harian di kelantan siap diusahakan pada Februari 2006. Tema awal yang digunakan untuk mempromosikan akhbar sinar harian ialah "akhbar untuk orang pantai timur" dengan harga permulaan RM 0.50.
          
Bermula pada tahun 2008, Sinar Harian melebarkan sayapnya ke Terengganu, kemudian pusat percetakan di Pengkalan Chepa dijadikan pusat percetakan untuk akhbar yang akan dibawa ke seluruh Kelantan dan Terengganu. Karangkraf juga bukan sekadar syarikat penerbitan dan percetakan semata, tetapi karangkraf telah mengorak langkah dengan menghulurkan biasiswa kepada pelajar IPT yang layak dengan syarat pendapatan ibu bapa/penjaga mereka mempunyai gaji RM 5000 ke bawah. Selesai taklimat dan perkongsian idea bersama wartawan muda KIAS, kami dibawa ke kilang percetakan akhbar Sinar Harian. 

Asyik mendengar taklimat di kilang percetakan





sekian,
Asri Yussof (asriyussof013@gmail.com)