Saturday 19 October 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013


Baru-baru ini,bertempat di Dewan Jubli Perak,Kota Bharu,telah berlansungnya Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat negeri Kelantan pada tarikh 13 Oktober 2013 (Ahad) bersamaan dengan 8 Zulhijah 1434H.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan kata aluan penuh azimat daripada YBhg.En Rusli bin Abdul Ghani iaitu Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera,Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meneroka pengisian yang berlansung dalam majlis ini sekitar 4 jam,menyelitkan pelbagai agenda yang telah berjaya menarik minat anak-anak muda khususnya para penuntut (ipts/ipta) serta pelajar-pelajar sekolah menengah.

Tatkala mula melangkah kaki ke Dewan Jubli Perak,mata segera ‘menangkap’ pada suasana di dalam dewan yang mulai sesak dengan kehadiran orang ramai lingkunan jam 9.30 pagi.Seperti yang dimaklumkan majlis ini akan bermula pada pukul 10.00 pagi tepat,namun demikian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan majlis ini berlansung lewat 30 minit kemudian.Turut hadir Menteri Besar Kelantan,yakni YAB Ustaz Dato’Haji Ahmad bin Yaakob untuk merasmikan majlis tersebut di samping,beberapa orang dif-dif jemputan lain yang turut sama diundang.

Dianggarkan para penonton yang hadir kira-kira 500 orang lebih memenuhi kerusi-kerusi dalam Dewan Jubli Perak.Kebanyakkan daripada mereka yang hadir adalah para pelajar,orang awam,pensyarah di beberapa ipt,guru-guru serta kakitangan dalam kerajaan.Para media dari segenap majalah,akhbar mahupun stesen tv turut hadir bagi mencari input-input dalam bahan berita yang bakal mereka paparkan.

Gambar di atas menunjukkan ucapan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr.Victor Pogadew, merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Asia dan Eropah,Uneversiti Malaya. Intipati ucapannya lebih menfokuskan tentang sejarah bahasa yang telah diiktiraf berkurun lamanya. Agak menarik tatkala beliau bercakap di dalam bahasa melayu yang fasih, meskipun ada juga kedengaran bunyi ala-ala Rusianya. Amat membanggakan apabila beliau mengatakan bahawa dalam kesibukkannya sebagai pensyarah,beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Bahasa Moden (Malaysia).

Seterusnya,acara kemuncak dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa iaitu penyampaian hadiah bagi Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Timur serta Anugerah Hadiah Suar Bahasa Peringkat Wilayah Timur 2013.Diiringi dengan penyampaian cenderamata kepada para pemenang dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menutup tirai majlis ini diakhiri dengan lafaz ikrar dan seterusnya penyerahan Skrol Ikrar oleh: ketua pembaca ikrar kepada Menteri Besar Kelantan.

Sebuah kendi warna kencana,
Di atas kain kesumba murup,
Sepintar budi kami terima,
Menjadi kenangan seumur hidup.

Wednesday 2 October 2013

MASALAH PENGURUSAN, PEMBAHAGIAN PTPTN TERBANTUT

Nilam puri – Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) telah menganjurkan program ‘Dialog PTPTN’ bersama Pegawai Kewangan KIAS (bahagian pengurusan PTPTN) untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan pelajar yang lambat memperoleh duit pimjaman PTPTN bagi sesi pengajian Jun 2013.

            Masalah utama kenapa pembayaran menjadi lambat, adalah kerana sistem pengurusan KIAS yang masih lagi menggunakan sistem manual dengan mengekalkan seorang sahaja pegawai kewangan, sepatutnya pegawai kewangan untuk menguruskan PTPTN perlu ditambah sekurang-kurangnya menjadi dua orang pegawai. Lagi kata En. Fida (bekas pegawai kewangan bahagian pengurusan PTPTN), berlaku juga masalah di pihak pengurusan pejabat PTPTN Negeri Kelantan dalam menyenaraikan nama-nama pelajar yang memohon pinjaman, dan pernah berlaku sistem menjadi ‘hang’ menyebabkan terdapat beratus nama pelajar yang tidak disenaraikan yang menjadikan pembahagian duit pinjaman sedikit lambat.

            KIAS akan membeli sistem pengurusan atas talian (online) yang lebih tersusun dengan Kolej Universiti Insaniah, dan jika sistem ini digunakan di KIAS, maka susunan penerimaan nama-nama pemimjam akan lebih mudah dan cepat untuk diuruskan kerana nama-nama tidak perlu ditaip secara manual oleh pegawai yang terlibat kerana nama-nama pemimjam akan terus dimasukkan melalui sistem pada hari pendaftaran pelajar secara ‘online’.

            Tambah En. Fiada lagi, Pembahagian duit pinjaman kepada pelajar juga mengikut jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak PTPTN. Berikut merupakan jadual pembahagian duit pinjaman kepada pelajar yang sempat dirakam oleh wartawan.


            Pegawai kewangan bahagian PTPTN, En. Al-Amin, katanya telah pergi bersama-sama wakil PMKIAS ke pejabat kewangan untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belum mendapatkan duit pinjaman. Katanya, pinjaman akan dibahagi ke akaun pelajar paling awal sebelum  sambutan Hari Raya Aidiladha atau paling lewat yang boleh beliau jangkakan ialah selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

            Salah seorang pelajar yang bersama-sama di dalam program dialog tersebut telah mencadangkan agar dialog seperti ini kerap diadakan untuk memudahkan urusan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar daripada pihak pengurusan, namun pegawai kewangan (En. Fida) menyangkal cadangan tersebut dengan menegaskan kewangan akan terus menyebarkan maklumat perihal kewangan melalui memo yang ditampal di papan kenyataan bahagian kewangan. Mahasiswa yang sepatutnya lebih mengambil perhatian dengan memo yang ditampal dan jika ada sebarang pertanyaan, pelajar dialu-alukan ke pejabat bahagian kewangan untuk bertanya.

Melalui Naib Presiden PMKIAS, Anas Malik, Majlis Syura PMKIAS sudah bermesyuarat beberapa kali untuk menyelesaikan isu yang timbul ini, antara resolusi yang dicapai ialah wakil PMKIAS bersama pihak kewangan telah pergi ke pejabat PTPTN bersebelahan dengan Habib Hotel Kota Bharu untuk bertanya perihal masalah di pihak PTPTN yang menjadikan pembahagian pinjaman begitu lambat kepada sebahagian besar pelajar. Tambah beliau lagi, Presiden, Khairul Amin, yang banyak pergi sendiri ke pejabat kewangan untuk terus bertanyakan mengenai pembahagian pinjaman dan urusan-urusan kewangan lain untuk mahasiswa KIAS.

Cadangan daripada pelajar, Ahmad Iqram mohd Noor (Dip. Usuluddin) ingin menyerahkan video rakaman kepada pihak PTPTN dan mengadakan dialog bersama PTPTN agar perbincangan mengenai isu ini tidak hanya berbincang disebelah pihak sahaja. Bagi pihak wartawan, cadangan oleh Iqram tersebut perlu diambil serius oleh pihak PMKIAS agar cadangan tersebut dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Menyentuh beberapa isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pelajar KIAS di laman sosial facebook, dengan menuduh KIAS menggunakan duit pinjaman perbelanjaan pelajar sebagai modal dan aset untuk membangunkan bangunan kuliah baru, membeli bas baru dan menaik taraf struktur kawasan KIAS. En. Al-Amin dengan tegasnya meyangkal dakwaan ini, kata beliau pembangunan bangunan kuliah baru di bahagian tepi asrama perempuan (asrama khadijah) ditaja oleh Yayasan YAKIN dan bas baru KIAS dibeli secara pinjaman dengan pembayaran balik tiap-tiap bulan sebanyak RM 2000 tanpa menggunakan sedikitpun wang pinjaman yang diperolehi oleh pelajar.