Oleh: Asri Yussof
Pencetus Ummah Fidz atau Ustaz Hafidz Zawawi |
1.
Boleh Ustaz ceritakan sepintas lalu, pengenalan ringkas diri
ustaz dan latar belakang pendidikan?
Nama penuh saya, Mohd Hafidz bin Mohd
Zawawi. Berasal dari Machang, Kelantan. Dilahirkan pada 17 November 1986
dan sudah mendirikan rumahtangga dan sah
bergelar suami kepada isteri saya yang kini sedang menuntut di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Pendidikan menengah saya bermula di
Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah, Machang, sehinggalah saya
menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2003. Pada tahun 2005,
saya meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik Kok Lanas, Kota
Bharu, dalam bidang Mekatronik. Alhamdulillah, di sini saya mendapat Anugerah
Dekan dengan kelulusan CGPA 3.56. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Bukit Cina, Kok
Lanas menjadi pilihan saya untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang
keagamaan. Di sini, saya menamatkan dengan 10 juz’ hafalan Al-Quran.
Kemudian, saya meneruskan pengajian
saya di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dalam bidang
Diploma Al-Syariah. Berikut CGPA yang saya perolehi setiap semesta sepanjang
pengajian saya di KIAS: semester 1 (3.86), semester 2 (3.96), semester 3
(3.84), semester 4
(3.92), semester 5
(3.93), semesta 6
(3.90). saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik semasa Masjid Konvokesyen KIAS
2013.
2.
Apakah perkara yang dilakukan untuk terus bermotivasi?
Motivasi utama saya adalah daripada Ibu saya. Setiap kali
saya gagal dalam kembara ilmu ini. Ibu saya yang tidak berputus asa memberi semangat
kepada saya. Kerap kali saya gagal, ibu yang banyak memberi semngat. Selain itu
saya juga suka membaca buku motivasi. Saya akan menghabiskan masa yang sangat
lama di Perpustakaan dan kedai buku dalam mencari buku yang berkualiti dan
memberi semngat pada saya.
Salah satu buku yang memberi semngat kepada saya adalah buku
tulisan Adam Khoo “Master Your Mind and Design Your Destiny” Buku ini
menceritakan tentang kemampuan manusia melakukan apa sahaja yang diimpikan.
Tiada sesiapa yang mampu menghalang matlamat kita kecuali Allah menrencanakan sesuatu
yang lebih baik pada kita. Apapun, manusia perlu membina impian dan terus
berusaha tanpa kenal berputus asa untuk mengapai impian.
Buku ini juga menceritakan kuasa percaya diri “SELF
CONFIDENT” yang tinggi untuk manusia melakukan apa sahaja dalam mengapai impian.
Saya menyarankan buku ini dibaca oleh adik-adik di KIAS supaya terus
bersemangat untuk mengapai impian berjaya didunia dan akhirat. Melalui buku
inilah saya meletakkan MOTO hidup saya NEVER GIVE UP!!!
3. Ustaz pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden PMKIAS,
mungkin ustaz boleh kongsikan, apakah tips untuk seimbangkan antara akademik
dan berpersatuan?
Saya mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan
Akademik dan persatuan. Bagi saya akademik no 1 dan persatuan no 2. Kerana
matlamat kita disini adalah untuk belajar dan kerana belajarlah kita samapai ke
lembah ilmu ini. Namun tidak dinafikan persatuan juga penting. Namun apabila
pertembungan antara kelas dan persatuan, maka kelas diutamakan. Jangan sesekali
kita meningglakn kelas kerana persatuan, kerana kita semupama mengkhianati
amanah ibu bapa kita.
Saya juga sedih apabila ada sebahagian dari para sahabat
yang tidak mampu meneruskan pengajian keran terlalu aktif berpesatuan. Ini
adalah suatu perkara yang salah. Perlu diingat persatuan hanya softskill yang
perlu ada bagi seseorang pendakwah namun skill yang paling utama adalah ilmu itu
sendiri. Kerana itu apabila kita tiada ilmu, sehebat manapun soft skill kita,
itu semua tidak bermakna. Kita akan jadi seperti sebuah tin yang kuat bunyinya
tetapi kosong.
4.
Apakah prinsip dalam dakwah yang ustaz sematkan di dalam
hati?
Matlamat saya dalam dakwah adalah menyampaikan matlamat
dakwah iaitu supaya masyarakat atau sasaran dakwah itu mengenal Islam. Namun
malangnya, ramai dikalangan pendakwah terlalu rigid dengan method dakwah
sehingga dakwah itu tidak sampai, Contohnya: Mengharamkan nyayian, terlalu rigid
dengan pemakaian dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan pendekatan dakwah
islam dibarat. Mereka sangat terbuka dan kreatif dalam menyampaikan dakwah.
Kaedah dakwah hari ini perlu lebih kreatif, dan perlu mengunakan
FIQH TAISIR bagi memudahkan masalah Ummat. Saya juga menyaranakan para
pendakwah agar lebih terbuka dalam pandangan FIQH. Isu semasa yang melanda
masyarakat sekarang, memerlukan para pendakwah merujuk pandangan mazahab lain
dari Syafie selain iainya perlu dihubung jalin dengan konsep Negara berpelembagaan
di MALAYSIA.
5.
Siapakah sosok tubuh yang menjad inspirasi kehidupan akhi?
Sejujurnya, ibu saya menamakan saya MOHD HAFIDZ sempana nama
Data’ Harun Din AL-HAFIDZ. Jadi nama Al-Hafidz itu diambil dari gelaran
al-quran itu supaya saya menjadi seorang ulama seperti Dato’ Harun Din.
Insyallah. Mohon doanya teman-teman.
6.
Adakah ustaz mempunyai mana-mana amalan istimewa yang
diamalkan?
Saya
hanya pelajar biasa yang tidak ada keistimewaan dari segi OTAK yang BRILIANT.
Namun saya hanya mengamalkan apa yang dilakukan oleh orang berjaya untuk
berjaya. Kerana bagi saya untuk berjaya kita kena tiru orang yang berjaya.
Berikut adalah tips semasa saya menuntut ilmu di KIAS.
1)
Habiskan
Muqarrar Al-Quran Seawal Mungkin
2)
Membaca
Sebelum Kelas
3)
Buat
Nota Bagi Setiap Subjek dan bagi percuma pada rakan-rakan
4)
Selalu
jumpa pensyarah
5)
Berhadapan
Masalah Sosial
7. Apakah Strategi yang dirancang setelah tamat dalam program realiti TV dakwah Pencetus Ummah?
PENCETUS UMMAH sebenarnya memberi satu saranan baru untuk saya
dalam bidang dakwah. Selain saya sedar, yang saya perlu lebih banyak belajar
dan menambahkan ilmu. Insyallah saya dalam proses belajar lagi dan akan terus
belajar. Cuma insyallah Fokus saya adalah lebih kepada FIQH SEMASA dan EKONOMI.
Saya melihat masyarakat cuba lari dari ISLAM hari ini, bukan kerana mereka
bencikan ISLAM. Namun kerana mereka tidak melihat ISLAM sebagai SOLUSI bagi
masalah mereka. Bagi mereka SLOGAN Islam sebagai WAY of LIFE hanya sekadar
SLOGAN dan RETORIK sahaja. Ditambah Islam digambarkan oleh sebilangan mereka
yang tidak terbuka dengan FATWA yang keras. Seolah-olah fatwa mazhab lain tidak
bernilai dan tidak boleh digunakan. Sedangkan dalam beberapa perkara
terutamanya berkaitan MUAMALAT banyak Fatwa Mazhab Lain yang digunakan PAKAI dalm
masyarakat hari ini.
Selain itu, saya amat bercita-cita menjadi Ulama yang Pakar
Ekonomi dan mampu “MERANCANG EKONOMI” Seperti YB Rafizi Ramli. Saya melihat
buat masa ini, tidak ramai ulama yang menguasai bidang “PERANCANG EKONOMI”
apatah lagi dalam skala yang lebih luas merancang ekonomi Negara dan
meningkatkan taraf hidup rakyat. Jadi saya amat yakin dan percaya, keyakinan
masyarakat kepada ISLAM akan kembali jika apabila kita mampu menjadkan ISLAM
sebagai Solusi kepada EKONOMI dan MASALAH semasa mereka. Insyallah.
8. Apa Pendapat mengenai Pendakwah Yang “Menjual Agama” dengan
program Motivasi?
Menarik soalan ini. Sebelum saya pergi jauh, saya kira ramai
yang tidak memahami maksud sebenar “MENJUAL AGAMA” yang termaktub dalam
Al-Quran.
dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku
turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan
janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan
janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli
kelebihan-kelebihan Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah
kamu bertaqwa.
Kalau boleh saya ringkaskan, jika kita merujuk kepada kitab TAFSIR, makna menjual agama adalah seperti berikut :-
Kalau boleh saya ringkaskan, jika kita merujuk kepada kitab TAFSIR, makna menjual agama adalah seperti berikut :-
·
MengHALALkan
apa yang Diharamkan
·
Menyembunyikan
KEBENARAN
·
Menukar
Erti Tafsiran AGAMA
Jesteru jika dilihat, maksud menjual agama bukanlah merujuk
kepada agamawan yang meletakkan harga tertentu bagi sesuatu ceramah. Perlu
difahami, sebahagian ahli agama memghabiskan masa yang panjang membuat kajian,
memtarjih nas, mencari hukum yang tepat kepada masyrakat, menyediakna Slide,
menyusun isi ceramah agar mudah difahami. Semuanya memerlukan masa, tenaga dan Usaha.
Dan perlu kita fahami Islam mengiktiraf konsep USAHA dalam Islam. Dan jika
merujuk KITAB Fiqh Muamalah Maliah Muasirah Karya Dr Mohammad Usthman Shibir
Daripada University Jordan. Jelas ulama kontemporari hari ini mengiktiraf
konsep Harta yang lahir dari PEMIKIRAN DAN IDEA dikenali sebagai Hukuk
Al-Zihniah (حقوق الذهنية)
Cuma dalam konsep semasa saat ini, sama ada penceramah
mahupun penganjur perlu menilai dengan terbuka. Penceramah juga perlu diberikan
sumbnagan mengambil kira perkara yang saya sebutkan diatas, disamping beliau
perlu berkompromi dengan kemampuan penganjur. Penganjur juga perlu faham, dalam
konteks hari ini perlu kreatif mencari sumbangan. Namun secara jujur sekiranya
ada penceramah yang meletakkan harga terlalu tinggi sehingga membebankan. Perlu
ada timbang tara disitu.
9.
Apakah Objektif ustaz memasuki dalam bidang motivasi
Secara umum, saya bukan seorang pakar motivasi. Saya
mengambil pendekatan KONSULTAN MOTIVASI setelah melihat ruang yang ada untuk
mendekati remaja melalui konsep motivasi di sekolah. Jesteru peluang untuk
mendekati remaja ini saya gunakan sebaiknya. Kerana bagi saya, anak muda adalah
harapan NEGARA. Andai rosak mereka, rosaklah Negara. Jesteru penekanan terhadap
mentarbiah remaja dan anak muda ini perlu lebih diberi keutamaan di setiap
peringkat.